Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/08/17

Hidup Adalah Tentang Siapa Yang Mahu Memperbaiki Diri Menjadi Lebih Baik Dari Semalam

Hidup Adalah Tentang Siapa Yang Mahu Memperbaiki Diri Menjadi Lebih Baik Dari Semalam - Itulah impian hidupku. Jadi lebih baik setiap hari. Tapi bukan meminta-minta untuk dihargai atas kebaikan itu. Cukup sekadar diri sendiri sedar akan perubahan itu. Cukup jika perubahan menjadi baik dan perbaiki diri berlaku secara berterusan hingga nyawa terpisah dari badan. Hidup bukan tentang siapa baik dan siapa jahat. Hidup adalah tentang siapa yang mahu memperbaiki dirinya sendiri.

Aib orang tidak dijaja, aib sendiri hanya Allah yang tahu. Bukan mencari musuh sebaliknya berbaik-baik dengan mereka yang menganggapmu musuh.

Hidup Adalah Tentang Siapa Yang Mahu Memperbaiki Diri Menjadi Lebih Baik Dari Semalam
Hidup Adalah Tentang Siapa Yang Mahu Memperbaiki Diri Menjadi Lebih Baik Dari Semalam

Hidup Adalah Tentang Siapa Yang Mahu Memperbaiki Diri Menjadi Lebih Baik Dari Semalam


PERINGATAN KEPADA DIRI YANG LUPA TERMASUKLAH SAYA..

Bacalah pesanan ini dengan mata dan hati

Jahat atau Baik kita.
Solat jangan ditinggalkan.
Solat Bukan sebab kita baik.
Solat sebab perintah Allah.
Solat kita adalah lambang Kehidupan kita...

Solat lah ...Kerana Allah menjanjikan Rahmat, kebahagiaan, keberkatan hidup & rezeki...

NABI saw tidak kagum dgn pangkat & kekayaan manusia.
Jika tidak, sudah pasti Gunung yg hendak di tukarkan kpd emas tidak ditolak oleh BAGINDA...

Orang bekerja seronok kalau dapat bonus. Itu masa hidup....

Kalau dah mati...
Dapat anak tak tinggal solat itu bonus..
Dapat anak yg pandai Al Quran itu bonus...
Sedekah masa hidup itu bonus...
Ilmu yg di kongsi itu bonus...

Sehebat mana pun kita...kita tetap Akan mati....
Sehina mana pun kita...kita tetap Akan mati...
Takut mcm mana pun dengan mati...tetap Akan mati...
Berani mcm mana pun ...tetap Akan mati
Sayang Macam mana pun kita dengan Kehidupan Ini...tetap Akan mati...
Hakikat hidup di dunia Ini adalah kematian di akhirnya....
Mati itu pasti...
Sakaratul maut itu pasti...
Alam barzakh itu pasti...
Ingat mati ...
Renungkan Saat sendirian setelah mati. Lenyaplah sangkaan buruk kepada sesiapa pun....
Kita tak bawa segunung harta setelah mati.
Kita tak bawa sijil tertinggi yg kita Ada.  Kita hanya mengharap Rahmat Allah Tuhan sekelian alam.....

Teruslah melangkah,
selama engkau
di jalan yang baikk

Meski terkadang kebaikan
tidak sentiasa dihargai

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun
kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu tentang semua
kebaikan yang kamu lakukan

Dan yang membencimu tidak
percaya tentang kebaikan
yang masih ada pada dirimu

Hidup bukan tentang siapa yang terbaikk
tapi tentang siapa yang mahu berbuat baikk dan sentiasa memperbaiki diri

Hari ini dan semalam
adalah hari yang berbeza

Pintu taubat sentiasa terbuka
untuk hamba-hambaNya

KITA BUKAN SIAPA-SIAPA
UNTUK MENILAI SIAPA-SIAPA

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.