Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/08/19

Duhai Lelaki Jangan Tinggalkan Solat Berjamaah

Duhai Lelaki Jangan Tinggalkan Solat Berjemaah - Kepada kaum lelaki termasuk anak-anak saya, suami, abang, adik dan sahabat mukmin saya.. anda adalah tulang belakang sesebuah keluarga. Dengar dan hayati nasihat dari coretan ini. Solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih baik daripada solat bersendirian. Jangan sesekali tinggalkan solat berjemaah di surau atau masjid selagi kamu mampu dan tidak uzur. Teringat dulu almarhum ayahanda saya, tak pernah gagal solat jemaah di surau walau ribut petir, hujan lebat turun mencurah. Dia akan gelisah jika tak dapat solat jemaah di masjid atau surau. Walau lepas kemalangan motorsikal, masih mampu bangun untuk solat di masjid. Subhanallah. Istiqamahnya dia.. al Fatihah untuk dia.

Duhai Lelaki Jangan Tinggalkan Solat Berjamaah
Duhai Lelaki Jangan Tinggalkan Solat Berjamaah

Jika anda ada anak lelaki seperti saya.. kalau boleh paksa, paksalah anak-anak lelaki anda bersolat jamaah di masjid atau surau. Lama kelamaan mereka akan rasa seronok dan rindu nak bersolat di surau. Ajarkan mereka kekuatan nescaya anak anda akan membesar penuh ketabahan. Berikan mereka kesusahan dahulu asalkan mereka dikurniakan akal fikiran dan kudrat, mereka akan bisa melalui setiap ranjau dalam kehidupan. Insyaa Allah.

Duhai Lelaki Jangan Tinggalkan Solat Berjamaah


TAHUKAH KAUM LELAKI?

Sudah tahukah KAUM LELAKI bahawa Rasulullah tdk pernah meninggalkan solat berjamaah, sejak solat diwajibkan malam isra mi'raj hingga solat terakhir dalam hidup beliau?

Tahukah KAUM LELAKI bahawa banyak di antara para ulama yg seumur hidupnya tidak pernah solat fardhu sendirian dan selalu berjamaah sampai akhir hayat mereka?

Tahukah KAUM LELAKI bahawa diantara mereka ada yg rela walaupun harus membayar orang demi menemani solat berjamaah?

Tahukah KAUM LELAKI  bahawa ada sebagian ulama yg pernah menangis selama 40 hari krn merasa rugi yg amat mendalam sebab tertinggal satu solat fardhu berjamaah saja?

Tahukah KAUM LELAKI bahawa bila anda solat berjamaah maka solat anda dapat dipastikan diterima oleh ​اَللّهُ ?

Tahukah KAUM LELAKI bahawa khusus utk solat isya dan subuh berjamaah berpahala seperti solat setengah malam dan semalam suntuk?

Tahukah KAUM LELAKI bahawa orang yg solat subuh berjamaah,  maka dihari itu kehidupannya dibawah perlindungan ​اَللّهُ ? Artinya, bila ada orang yg mengusiknya maka dia berurusan langsung dgn ​اَللّهُ ?

Tahukah KAUM LELAKI bahawa karena begitu beratnya hukum solat berjamaah sehingga dalam madzhab hanafi difatwakan bahwa hukum solat berjamaah adalah wajib?

Tahukah KAUM LELAKI bahawa dalam madzhab kita asysyafi'i solat berjamaah hukumnya fardhu kifayah sehingga bila dalam sebuah perkampungan penduduknya, tdk ada yg solat berjamaah, maka sekampung itu, berdosa semua karena meninggalkan berjamaah dan bukan karena meninggalkan solat?

Tahukah KAUM LELAKI bahawa syaitan akan berleluasa berkuasa di sebuah perkampungan, bila penghuninya tdk ada yg solat berjamaah?

Tahukah KAUM LELAKI bahawa dalam suatu hadith, Rasulullah SAW sempat mengancam bahkan Rasulullah SAW mengancam kepada orang yg meninggalkan solat berjamaah hingga berkeinginan membakar rumah mereka?

Tahukah KAUM LELAKI bahawa sahabat Ibnu Mas'ud RA, pernah mengatakan "kami saksikan saat Nabi Muhammad SAW masih hidup tidak seorangpun, ada yg  meninggalkan solat berjamaah kecuali hanya orang-orang munafik tulen"?

آمين يا رب العالمين. ...

Semoga Bermanfaat..

Lelaki adalah ketua dan imam kepada seluruh umat mukmin yang lain, maksudnya walau di mana berada merekalah ketua. Lelaki mesti ada kekuatan jati diri yang tak boleh digugat dengan masalah picisan hinggakan melemahkan semangatnya. Sebab itu, lelaki mesti bergabung, berjamaah dalam banyak perkara terutamanya dalam mengerjakan solat fardhu. Kekuatan akan datang berkali ganda jika orang lelaki boleh berjamaah ketika setiap solat 5 waktu dan boleh dijadikan inspirasi mengembleng tenaga dalam menghadapi musuh islam.

Wallahu'lam..


No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.