Cara Menyimpan Daging Korban Yang Betul

CARA MENYIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL. Agar tetap terjaga kualitinya. Bila tiba musim hari raya haji, ramai orang perseorangan atau syarikat korporat yang buat korban. Nanti ramailah ahli kariah sesebuah kawasan yang dapat daging korban yang berlebihan. Oleh itu, jangan dibazirkan jika ada berlebihan rezeki tersebut. Setelah dimasak, jika masih ada banyak lagi, simpan dan bungkus dengan elok agar tahan lama dan terjaga kualiti daging korban anda itu.

Saya kongsikan cara menyimpan daging korban dengan betul agar terjaga kualiti dan kebersihannya. Jom baca sampai habis ya..

Cara-cara Simpan Daging Korban Dengan Betul


Cara Menyimpan Daging Korban Yang Betul
Gambar ehsan Astro Awani

1. JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN

Sebelum disimpan, daging korban jangan dicuci. Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apabila daging berkenaan hendak dimasak pd keesokan harinya.

2. JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YG BANYAK KE DALAM FREEZER

Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg. Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.

3. JANGAN TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM RUANG SEJUK BEKU/ FREEZER.

Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam  kompartmen sejuk beku/ freezer.

4. JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DGN MENGUNAKAN AIR PANAS

Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan ais dalam daging atau daging yang beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku tersebut di bawah air paip suhu normal (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia utk dimasak.

5. Jangan Guna Plastik Warna Hitam (plastik sampah)

Cara Menyimpan Daging Korban Yang Betul
Gambar hiasan

Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat menyemarakkan sel kanser. Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal....!!!

Baarakallah
Semoga memberi manfaat. Kongsikan artikel tentang cara-cara simpan daging korban dengan betul agar sama-sama mendapat manfaat kebaikan bersama.

2 comments:

  1. Way cool! Some very valid points! I appreciate you writing
    this article plus the rest of the site is also really good.

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.