Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/08/22

Cara Berblog Sampai Dapat Income

Cara Berblog Sampai Dapat Income. Blog adalah satu medium kepada pengguna internet untuk mereka menulis apa yang mereka rasa. Medium blog kebanyakannya ditawarkan percuma. Pengendali medium percuma yang terkenal adalah blogspot.com dan wordpress.com.

Jika anda berminat nak buat blog medium blogspot, anda boleh masuk ke blogger.com dan daftar nama blog anda di sana. Ikut arahan demi arahan, mudah saja dan dalam beberapa saat anda dah boleh ada blog. Step seterusnya adalah anda kena buat satu entri supaya anda boleh customize blog anda supaya lebih kemas dan simple.

Kemudian, anda boleh guna template yang disediakan oleh blogger.com dan mesra SEO. 

Cara Berblog Sampai Dapat Income 


Cara Berblog Sampai Dapat Income
Sumber dari Google

Sabar - Orang lain nak berblog kita pun nak juga. Tapi apa tujuan kita buat blog? Nak ikut orang atau kerana passion sendiri. Basic tulis blog adalah minat dalam penulisan. Barulah timbul sifat sabar bila blog tak ada orang nak baca tapi kita proceed.. teruskan menulis kerana minat. Dengan kesabaran yang tinggi, insyaa Allah dalam 2 tahun blog anda akan jana income. Itu memang tempohnya.. antara setahun ke dua tahun.. 

Tulis blog macam diari harian - Maksudnya tulis blog dalam keadaan santai namun masih menjaga etika penulisan. Jangan tulis entri dengan singkatan perkataan, contohnya dengan jadi dgn, yang jadi yg, untuk jadi utk dan sebagainya. Sebaiknya tulis dalam perkataan dan ejaan penuh. Sebab, google tak boleh faham apa yang anda tulis melainkan dalam ejaan penuh. Ini penting untuk SEO blog ya...

Konten blog banyak panduan - Blog yang menulis tentang panduan dan tips memang disukai ramai. Contohnya blog- blog resepi. Banyak blog resepi yang mendominasi carian di internet. Kerana manusia kan sukan makanan.. tips dan panduan yang berguna selalu dicari oleh pembaca dan membolehkan anda berblog sampai dapat jana income. Yang ini saya dah cuba.. alhamdulillah, blog Kisah Resepi saya pun dah mendatangkan hasil..

Rajin blogwalking - Salah satu kerja blogger adalah blogwalking. Kenapa kena blogwalking atau merayap ke blog orang lain? Salah satu sebabnya adalah untuk tujuan memperkenalkan diri kita. Kalau dah kenal bolehlah promo produk atau blog kita. Boleh juga buat backlink dengan blogger yang lain. Dengan cara itu, blog kita mula dikenali. Bila trafik bertambah, income pun dapat. Blogger lain datang blog kita, klik satu dua iklan di blog.. dapat income. Hihi...

Ping blog ke group terkenal - Bila dah ada blog dan buat entri, jangan lupa ping entri anda tu kat group blog yang lebih kurang sama niche. Jika anda buat blog sukan, pastikan anda ping entri anda di group sukan. Kalau ping kat group resepi, kurang lah orang nak klik link anda tu sebab audience tak sama.. 

Ada banyak cara lagi yang anda boleh buat hingga blog boleh dapat income. Boleh juga buat entri yang agak kontroversi sesekali tapi kena berhati-hati. Kalau entri jadi viral.. boleh dapat income masuk. Hehe.. tapi cara ni tak bagus sebab kebanyakan entri kontroversi mengundang amarah dan fitnah. Lebih baik elakkan. 

Selitkan kisah peribadi sedikit .. contohnya kisah penulis blog itu sendiri, pengalaman kuruskan badan, kisah makan santai bersama keluarga dan sebagainya. Mungkin akan tarik ramai pembaca baru dan secara tak langsung.. boleh jana income. Kann...

Itulah cara-cara nak berblog sampai dapat income. Pasanglah iklan adsense, affiliate produk dan lain-lain cara untuk dapat income ketika berblog. Asal dah seluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan (betul ke ni.. ). Alang-alang minat menulis blog biar sampai dapat income ya..

Selamat membaca.. 

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.