Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/08/05

Beli Coklat Pelbagai Jenama Dengan Harga Murah

Beli Coklat Pelbagai Jenama Dengan Harga Murah. Anda peminat coklat? Yang mana satu pilihan anda? Yang pahit, berkrim, manis, berkacang dan banyak lagi kombinasi coklat.. pilih mana anda suka. Nak beli coklat murah dengan pelbagai jenama? Anda boleh online atau pun datang ke lokasi yang akan saya nyatakan kemudian.

Beli Coklat Pelbagai Jenama Dengan Harga Murah

Snickers ni khas beli untuk sikecil sebab dia tak makan coklat yang pelik sikit rasanya.

Beli Coklat Pelbagai Jenama Dengan Harga Murah


Beli Coklat Pelbagai Jenama Dengan Harga Murah


Saya dan si bujang telah berkunjung ke pusat jualan coklat murah pelbagai jenama. Kitaorang dapat alamat dan info berkaitan pun dari facebook VISIT JOHOR.. taip je visit johor dan cari coklat murah.

Alamat lokasi:

Peminat Coklat Murah JB!

Jangan lepaskan promosi jualan penghabisan stok Coklat Murah JB yang semenangnya boleh buat korang semua rambang mata dengan pelbagai pilihan coklat yang terletak bersebelahan dengan Poslaju Larkin dan KEJOS. Selamat memborong coklat nanti! 🍫

📍No. 2, Jalan Bakti, Kawasan Perindustrian Dato' Onn, 80350 Larkin, Johor Bahru (KEJOS)
🚩 Berdekatan dengan Poslaju Larkin
🚗 [Waze] "Coklat Murah JB"
⏰ 10.00 Pagi - 12.00 Malam (Dibuka Setiap Hari)
☎️  016 - 786 1689

*Selagi stok masih ada

Facebook Page Coklat Murah JB (Link),
https://www.facebook.com/Coklat-Murah-JB-982192721906626/

Instagram [@coklatmurahjb]

Lokasi pusat jualan coklat murah pelbagai jenama ni di kawasan pusat industri ringan di Larkin, Johor. Haha.. so, Kalau you all teringin sangat nak beli, tapi lokasi jauh, cuba tanya dia orang ada delivery tak.

Pada ketika pergi hari tu, jatuh pada hari Ahad. Nampak macam tak ramai orang. Lebih kurang pukul 10.30 pagi. Bila masuk dalam pusat jualan coklat tersebut, pada pandangan kami banyak coklat yang telah habis atau stok baru belum sampai. Sebabnya.. ada banyak rak yang dah kosong.

Hasil dari shopping kami pada hari tu, dapatlah coklat Hersyes, Whittakers Creamy Milk, Snickers (khas untuk bujang kecil), Mr. Biguin, Noisette Milka dan ABK (1991). Total belian dekat RM125.

Dan rasa semua coklat tu menepati citarasa kami.

Beli Coklat Pelbagai Jenama Dengan Harga Murah

Noisette Milka coklat bar yang amat sedap dan lembut rasanya. Sesuai untuk lidah orang kita.. hihi

Beli Coklat Pelbagai Jenama Dengan Harga Murah

Kesimpulannya? Adakah coklat ni murah harganya? Pada saya kena tengok apa jenama dan berapa banyak isinya.. kalau isi cuma 5 tapi harga dekat RM22, tu kira mahal lah kan. Tapi kalau harga RM35 tapi isi ada banyak.. murah lah tu. Haha..

Beginilah.. jika anda penggemar coklat, mahal tau murah anda pasti akan cari dan beli. Bila dah beli samada mahal atau murah, sedap atau tak, kenalah habiskan. Jangan membazir.

4 comments:

  1. terliur tengok bnyak sangat coklat ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sori just share info, coklatnya pun sedap2 ..

      Delete
  2. saya pun suka jugak coklat snickers tu. alaaa jauhnya lokasi tu

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.