4 Perkara Yang Selalu Menghalang Seorang Mukmin Melakukan Ibadah Kepada Allah - Blog Rasa Dan Tips

Home Top Ad

Post Top Ad

16 August, 2018

4 Perkara Yang Selalu Menghalang Seorang Mukmin Melakukan Ibadah Kepada Allah

4 Perkara Yang Selalu Menghalang Seorang Mukmin Melakukan Ibadah Kepada Allah - Soal ibadah adalah antara kita dengan Allah. Tak siapa yang boleh menghalang untuk kita laksanakannya kerana itu adalah suruhan yang mesti dilakukan. Namun, dalam soal mengerjakan ibadah kepada Allah, kita sering tertangguh oleh sebab ada halangan yang tidak kita sedari.

Ada pelbagai macam halangan dan dugaan yang dianggap sering menganggu niat seorang mukmin untuk melaksanakannya. Mari kita baca apakah perkara-perkara yang menghalang seorang mukmin dari melakukan amalannya.


4 Perkara Yang Selalu Menghalang Seorang Mukmin Melakukan Ibadah Kepada Allah


 Al-Imam Ghazali berkata, terdapat empat perkara besar yang selalu menjadi penghalang kepada seseorang mukmin untuk melakukan ibadat kepada Allah iaitu ;

1. Dunia
2. Makhluk
3. Nafsu
4. Syaitan


1. Dunia, jika diteliti maksud dunia seperti diperkatakan ilmu Tasawuf, ia merangkumi semua perkara yang tidak memberi manfaat apabila seseorang itu kembali semula ke hadrat Ilahi seperti wang ringgit serta kemewahan yang membawa manusia kepada kelalaian kehidupan duniawi.

Bagaimanapun, skop pengertian itu boleh berubah apabila seseorang menganggap segala keperluan duniawi tidak lebih sebagai alat dan perantara untuk mengurus dan membelanjakannya ke jalan diredai Allah.

2. Makhluk.. Apa yang dimaksudkan dengan makhluk di sini ialah apa saja yang dikurniakan Allah kepada kita, termasuk ANAK ISTERI, BINATANG TERNAKAN DAN HARTA BENDA YANG BOLEH MELALAIKAN MANUSIA daripada mengingati Allah.... Allah SWT berfirman dalam Surah al-Anfal ayat 28 yang bermaksud: “Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak pinak kamu itu adalah ujian kepada kamu.”...

3. Nafsu... Nafsu adalah penghalang utama dalam diri manusia mengerjakan ibadat... Lebih ramai daripada kita yang tunduk dan TEWAS kepada kehendak nafsu sendiri dengan menyingkirkan niat dan azam untuk melakukan kebaikan.... Kejahatan dan kemungkaran yang timbul dari nafsu inilah, sukar untuk dikekang, jika kita tidak bersungguh2 melawannya.

4. Syaitan durjana sentiasa menggoda serta menipu daya manusia ke jalan yang sesat sehinggalah hari Kiamat... Perlu diingat iblis dan syaitan boleh merubah bentuk asal mereka untuk menyerupai seorang manusia yang cantik, berpangkat atau warak dan soleh... Tujuannya adalah tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk membawa manusia ke jalan yang sesat mengikut keadaan serta situasi kehidupan seseorang hamba Allah yang akan menjadi mangsanya....

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya SYAITAN ITU MUSUH bagi kamu semua, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi)... Sebenarnya dia hanyalah mengajak manusia supaya menjadi penghuni neraka...”.. Surah al-Fathir, Ayat 6..

Semoga kita semua menjadi hambaNya yang tidak dihasut syaitan yang direjam dalam melakukan amalan seharian.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

Post Top Ad