Header Ads

  • Breaking News

    Tutuplah Makanan Dan Minumanmu Bagi Mengelak Dijangkiti Penyakit Tanpa Sebab

    Tutuplah Makanan Dan Minumanmu Bagi Mengelak Dijangkiti Penyakit Tanpa Sebab. Selalu mak bapak kita pesan tutuplah hidangan atas meja tu, nanti masuk lalat. Memang betul tu. Kalau masuk lalat masih nampak lagi, tapi kalau sudah dijilat syaitan atau jin, mana kita nampak. Betul tak? Tutuplah makanan anda, agar kita semua terhindar dari terkena penyakit yang tak tahu puncanya. Apabila makanan telah bertutup, syaitan dah tak boleh masuk makan makanan tersebut.

    Tutuplah Makanan Dan Minumanmu Bagi Mengelak Dijangkiti Penyakit Tanpa Sebab

    Tutuplah Makanan Dan Minumanmu Bagi Mengelak Dijangkiti Penyakit Tanpa Sebab


    Sahih Fiqih:

    TIBA-TIBA JATUH SAKIT TANPA SEBAB

    Sahabatku pernahkah kita mendengar berita tentang keracunan makanan?

    Padahal malam hari makanan baru dimasak segar dan bersih dengan jumlah yang besar untuk dihidangkan pada acara pagi harinya.

    Pernahkah kita mendengar seorang yang sihat dan segar bugar yang sangat jarang sekali sakit, tiba-tiba mendadak jatuh sakit? Itupun diketahui setelah dibuat pemeriksaan kesihatan, bahkan terkadang ada yang tidak dapat dikesan oleh perubatan moden.

    Melalui satu hadis Rasulullah s.a.w kepada kita.

    فَإِنَّ فِي السَّنَةِ لَيْلَةٌ يَنـْزِلُ فِيْهَا وَبَاءٌ لاَ يَمُرُّ بِإِناَءٍ لَيْسَ عَلَيْهِ غِطَاءٌ أَوْ سِقَاءٍ لَيْسَ عَلَيْهِ وِكَاءٌ إِلاَّ نَزَلَ فَيْهِ مِنْ ذَلِكَ الْوَبَاءِ .

    “Sesungguhnya dalam satu tahun terdapat satu malam yang turun pada malam itu wabak penyakit. Tidaklah wabak itu melewati bekas yang tidak ditutup atau bejana air yang tidak diikat, melainkan wabak itu akan turun padanya." (HR. Bukhari, 3/1195, 3106)

    Terjadi di antara sebabnya iaitu lupa/ enggan menutup gelas minuman ataupun makanan kita disuatu malam (dimana bertepatan dengan turunnya wabak) tersebut.

    Oleh itu Nabi Salallahu alaihi wasallam bersabda:

    وَأَوْكُوا الْأَسْقِيَةَ وَخَمِّرُوا الطَّعَامَ وَالشَّرَابَ

    “Tutuplah pintu-pintu serta tutuplah bekas makanan dan minum kalian." (HR. Bukhori 5624)

    وَأَوْكُوا الْأَسْقِيَةَ وَخَمِّرُوا الطَّعَامَ وَالشَّرَابَ وَلَوْ أَنْ تَعْرُضُوا عَلَيْهِ بِعُودٍ

    “Tutuplah bejana serta tempat makan dan minum, walaupun hanya engkau meletak sepotong kayu di atasnya." (HR. Ahmad 14597)

    Imam An-Nawawi rahimahullah berkata:  "Perintah Nabi Sallallahu alaihi wasallam untuk menutup bekas ini bertujuan untuk memperoleh keselamatan dari gangguan syaitan. Allah Ta'ala menjadikan hal itu sebagai sebab terhindarnya seorang hamba dari gangguannya, kerana syaitan tidak dapat memasuki bekas, jika sebab yang disebutkan tadi (dengan menyebut nama Allah) dilakukan." (Syarah Sahih Muslim, 13/185)

    Tutuplah makanan dan minumanmu.. jika tak engkau jumpai satu tutup pun untuk menutup, maka tutuplah dengan ranting/pen/pensil dan sebutlah nama Allah saat menutupnya.

    Semoga Allah menjaga kita dalam kebaikan dan kesihatan.

    Semoga pesanan dan perkongsian ini boleh dijadikan sebagai pengajaran berguna kepada kita semua. Ambil yang baik dan buang yang tak elok. Kerana yang baik dan bermanfaat itu datangnya dari ilham yang Allah berikan kepada hambaNya.

    No comments

    Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad