Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/07/20

Tips Jaga Kesihatan Lepas Makan Durian

Tips Jaga Kesihatan Lepas Makan Durian. Siapa yang tak suka dengan raja buah iaitu durian. Sekarang ni memang sedang musim durian.. so, tak dapat lari dari makan buah tersebut. Ada yang makan free, dan ada pula yang sanggup berhabis ribuan ringgit sebab terlalu fanatik dengan raja buah tersebut. Bagi saya yang memang hantu durian ni, selagi nak makan.. saya akan beli sehingga puas. Durian kampung ke, durian bandar.. semua saya makan. Tak memilih. Asalkan isi durian tu cukup perisa manisnya, lemak, pahit dan baunya segar.

Ada sesetengah durian yang telah tercemar sehingga rasanya berubah masam bila dimakan. Itu tandanya durian tersebut telah rosak. Baiklah dibuang dalam tong sampah je.. hihi..

Tips Jaga Kesihatan Lepas Makan Durian

Tips Jaga Kesihatan Lepas Makan Durian

Durian I0I yang sedap pemberian dari tauke durian tempat saya bekerja. Mana ada yang reject sikit, dia akan hantar kat office kami.

Tips Jaga Kesihatan Lepas Makan Durian


1. Minum air yang banyak. Minum dari bekas durian kononnya boleh hilangkan panas badan. Sebab nak jaga kesihatan.. kita pun buat apa orang tua suruh. Tapi memang kurang panas badannya bila minum air dari bekas durian tu..

2. Minum air bergaram. Ini pun satu cara yang boleh diamalkan lepas makan durian.

3. Makan durian yang segar dari pokok. Makan durian yang segar dari pokok juga boleh menghilangkan rasa panas dan kurang enak dalam badan. Buah durian yang telah lama terbiar terdedah pada udara panas dan boleh menyebabkan badan panas selepas memakannya.

4. Jangan makan durian sambil minum coca cola. Ditakuti ia mudarat kepada tubuh badan kita, terutamanya bagi mereka yang menghidapi masalah kesihatan seperti alahan kepada sesuatu makanan, kencing manis dan sebagainya.

Itulah serba sedikit tips jaga kesihatan lepas makan durian yang boleh diamalkan sesiapa saja.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.