Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/07/24

Tips Berguna Untuk Orang Yang Telah Pencen

Tips berguna untuk orang yang telah pencen. Tips dan cara menghadapi hari-hari tua dengan tenang, aman damai tanpa belenggu masalah kewangan, masalah keluarga dan juga dapat melakukan amal ibadah dengan tahap kesihatan yang baik. Lakukannya dengan lapang dada. Jangan jadikan masa akhir usia kita sebagai halangan kita untuk menikmatinya dalam keadaan yang penuh kebaikan.

Waktu selepas pencen adalah waktu untuk kita berehat. Jangan nak gila kuasa mengejar dunia yang bukan tempat perhentian sebenar. Dunia hanya persinggahan. Akhiratlah yang kekal abadi. Jadikan wang pula bekerja untuk kita, membawa kita mendekati Allah. Itulah yang sebaiknya berlaku bila dah pencen nanti.

Tips berguna selepas pencen
Gambar hiasan

Mari baca perkongsian tentang kisah selepas pencen dan tips berguna untuk kita juga yang bakal pencen satu hari nanti.

Tips Berguna Untuk Orang Yang Telah Pencen


Cadangan bermanfaat:

1. Mantapkan ilmu aqidah/ Tauhid untuk memastikan aqidah kita betul sebab jika salah/ syirik/ kufur tanpa sedar pun kita akan masuk neraka. Akidah kunci syurga.
Mantapkan juga ilmu feqah dan tasauf.
Jgn asyik bljr tajwid dan taranum sj sdgkan kita da fasih baca quran. Lain lah kalau tak pandai baca quran, wajiblah kita belajar.
Bagi yang dah mahir baca, ingatlah tak ada siapa nak dengar suara tua kita yang merdu tu. Yang penting banyak tadabbur quran dan bukan hanya baca saja tanpa faham isi al quran.

2. Banyakkan taubat. Taubat tak kira tempat. Dimana pun boleh taubat. Bukan di Mekah saja. Kita banyak dosa. Jangan abaikan taubat walau sehari.

3. Qadha' segala solat yang pernah kita tertinggal, abaikan, terutamanya solat wajib. Perbaiki ilmu solat. Jangan pulak masa terluang yang banyak tu kita asyik tengok drama bersiri dan drama cinta. Ingat, awak tu da kerepot. Takde sapa main cinta dah!

4. Dapat duit pencen jangan sibuk shopping bergaya macam orang kaya. Itulah duit belanja penyambung nyawa kita 10-15 tahun lagi. Jangan pula asyik belikan cucu-cucu baju pula. Sesekali tak apalah! Yang penting, guna duit untuk settle fidyah puasa dan qodha. Itu semua hutang kita pada Allah. Jangan lupa hutang pada manusia yang belum di bayar!

5. Kalau belum ke Mekah & dah ada duit, pergilah Mekah. Jangan sibuk renovate rumah. Duduklah rumah yang ada tu seadanya. Kalau nak repair pun repair bumbung sebab takut kena hujan.

6. Banyakkan sedekah jariah dan wakaf. Bukan sedekah pada orang buta yang ada sindikit tu tapi jariah bermaksud sedekah pada orang buat masjid, pondok ngaji dsbnya. Sedekah jariah itu akan mengalir pahalanya bila kita dikambus tanah.

7. Pagi dan petang jangan lupa buat senaman & check up hospital selalu. Supaya kita tak sakit, menyusahkn anak-anak jaga kita waktu tua. Mereka pun bergelut dengan kehidupan sendiri. Kesian anak-anak. Bila sihat mudahlah buat ibadat.

8. Jangan banyak tidur sebab kita pun tak lama lagi nak tidur lama!

9. Jangan jadi kuli anak waktu tua. Waktu inilah anak-anak yang tak fikir keperluan ibubapa, suka landingkan anak-anak mereka pada kita untuk kemudahn mereka melaram pergi kenduri kahwin/ shopping. Lainlah kalau sesak sesekali kerana kerja dan sebagainya. Tapi bukan slalu. Ingat tu!

10. Jangan sesekali terlibat dengan bisnes! Cukuplah pencen/ simpanan yang ada tu untuk makan kita yang da tak berapa selera ni sebab hidup kita pun tak lama. Andai kalau bankrap, jawabnya jadi cleaner/ pak guard lah kita sampai mati.

11. Berhati-hati bagi anak pinjam duit untuk perkara yang tak penting bagi mereka. Kalau penting sangat bolehlah beri tapi pastikan mereka bayar balik! Itu duit hari tua kita. Jangan sampai kita mengemis sebab kerakusan anak-anak. Sayang anak biar bertempat. Jangan sesekali kita diperbodohkan.

Mereka sepatutnya perlu bijak uruskan kewangan seperti mana kita dulu yang ikat perut besarkan mereka. Terkadang anak menantu hidup ikut nafsu. Pantang ada duit sikit, shoppinglah mereka tanpa fikir masa depan anak-anak mereka. Baju penuh almari. Mekap yang mahal-mahal. Sambil perhatikan, berilah nasihat.

12. Ziarahilah kawan-kawan dan sedara mara sebab usia kita pun tak panjang. Kita pun banyak dosa dengan mereka waktu muda dulu. Mengumpat, gosip, pinjam duit tak bayar. Waktu inilah kita tebus segala dosa agar kita clear dengan manusia bila mati.

13. Akhirnya, bersabarlah hidup di hari tua. Ujian macam kelkatu. Banyak ingat Allah & baca quran. Agar kita selalu tenang hinggalah bertemu Allah.

Jangan sesekali menyusahkan orang di sekeliling kita terutamanya ibu bapa kita, jika mereka masih ada.

Jadilah manusia yang berbakti kepada orang lain walau sekadar mampu membuatkan mereka bahagia. Walau bukan dengan wang ringgit, jika itu yang kita mampu, berikanlah.

Doakan orang lain agar kita juga mendapat doa yang serupa. Insyaa Allah.

Masa setelah pencen adalah masa kita sendiri, isikanlah waktu terluang dengan membayar hutang waktu bersendirian kita dengan Allah yang kita telah tinggalkan dulu..

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.