Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/07/14

Salah Satu Sebab SEO Blog Bagus Adalah Mesti Mempunyai Entri Yang Banyak

Salah Satu Sebab SEO Bagus Adalah Blog Mesti Mempunyai Entri Yang Banyak. Amboii.. panjang tajuk entri saya. Sekali baca orang dah faham. Tapi tak bagus juga, nanti orang tak baca keseluruhan entri sampai habis.

Blog baru yang hanya memiliki setakat 200 lebih entri belum cukup untuk menarik enjin carian Google untuk crawl di blog anda. Paling tidak ada 1000 entri, senang aje enjin carian nak "tangkap" post anda.

Saya ada buat eksperimen dengan 3 buah blog saya. Satu blog memiliki lebih 2000 entri publish, 2 blog lagi memiliki sekitar 400 entri diterbitkan. Ketiga-tiganya saya daftar dengan domain baru sekitar bulan Februari 2018. Blog yang memiliki entri yang banyak tersebut dengan mudahnya mendapat trafik dan Pageview pun mudah meningkat.

Salah Satu Sebab SEO Blog Bagus Adalah Mesti Mempunyai Entri Yang Banyak

Salah Satu Sebab SEO bLOG Bagus Adalah Mesti Mempunyai Entri Yang Banyak

Salah Satu Sebab SEO Blog Bagus Adalah Mesti Mempunyai Entri Yang Banyak


Selain entri yang merupakan raja kepada blog, ada juga faktor teknikal untuk mendapatkan blog yang amat mesra SEO.

Meh saya senaraikan antara keperluan atau faktor penting untuk menjadi blog yang boleh score A+ untuk SEO. Kiranya markah penuh tu..

1. Heading H1 sekurang-kurangnya ada pada setiap tajuk entri anda.You have a title tag of optimal length (between 10 and 70 characters).

2. Meta description mesti dipenuhkan sekurang-kurangnya ada 70 patah perkataan. Your page has a meta description of optimal length (between 70 and 320 characters)

3. Alt tag images mesti diletakkan dengan betul.

4. Loading pages yang bagus

5. Meletakkan direct link dengan media sosial yang berkaitan dengan blog, contoh yang utama adalah Facebook, Twitter dan Google Plus

6. Backlink, link yang bermutu juga amat mempengaruhi SEO blog anda, paling tidak dapat score A- pun dah okay..

Ada banyak lagi faktor yang menyebabkan sesebuah blog dapat score SEO yang bagus. Namun seperti saya kata di atas tadi, blog mesti ada banyak entri untuk cepat terindex pada mesin carian Google.

1 comment:

  1. ohhh macam gituu.. ain nak kena banyakkan entri lah ehk..thanks kongsi!

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.