Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/07/07

Resepi Apam Susu Cokelat Pandan Memang Sedap

Resepi Apam Susu Cokelat Pandan Memang Sedap. Apam susu antara jenis kuih apam yang senang dibuat. Kiranya apam yang boleh dibuat sendiri untuk minum petang atau sarapan.

Ketika tercari-cari resepi yang agak sempurna, saya terbaca dalam blog kak yatie memories, yang ada banyak resepi tu. Haa.. resepi ni adalah daripada blog tersebut. Kalau anda nak letak warna lain pun boleh, jadi tajuk kuih apam susu ni pun lain lah, ya tak?


Resepi Apam Susu Cokelat Pandan Memang Sedap 


Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar ovellete
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar minyak jagung/minyak masak
Pewarna dan perisa yang di sukai

Cara-cara Buat Apam Susu Cokelat Pandan Yang Memang Sedap 


1. Panaskan kukusan dahulu sebelum kita mulakan proses membuat apam

2. Mula-mula satukan tepung bersama baking powder kemudian di ayak. Ketepikan

3. Dalam bekas pemutar, satukan telur, gula halus, ovellete dan esen vanilla

4. Kemudian putar sampai gebu dan adunan bertukar ke warna putih

5. Masukkan susu pekat manis. Putar lagi hingga sekata

6. Tambahkan pula minyak jagung dan putar lagi

7. Masukkan tepung dan baking powder yang telah di ayak tadi. Kaup balik adunan rata
Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 warna

8. Setiap warna pilihan boleh letakkan perasa yang di sukai jika suka.Gaul rata.

9. Sediakan loyang 8 inc dan sapukan mentega pada loyang.

10. Tuangkan adunan berselang seli warna hingga habis.

11. Kukus dalam kukusan yang telah mendidih airnya selama 40 minit.

*Tutup kukusan hendaklah di balut dengan kain supaya wap air tidak jatuh atas apam

Angkat apam setelah masak.Keluarkan dari loyang.. Potong apam bila ianya telah sejuk.

Semoga anda semua yang nak cuba buat resepi apam susu cokelat pandan ni boleh manfaatkan resepinya.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.