Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/07/09

Mengadu Hanya Pada Allah Jika Hidup Tak Tenang

Mengadu Pada Allah Jika Hidup Tak Tenang. Bukannya mengadu pada manusia. Jika manusia yang kita jumpa itu boleh dipercayai, untunglah kita. Tapi jika sebaliknya yang jenis suka mengadu domba, habis semua aib kita di canang semula. Mahukah kita hadapi situasi sebegitu? Dahlah hidup tak tenang, selalu kena tipu, orang buat kita makin stress dan macam-macam lagi masalah menimpa.. masih nak percaya kepada manusia? Letakkan sepenuh kepercayaan kita kepada Allah. Dia yang menciptakan ujian dan dugaan buat kita, maka Dia jugalah yang akan memberikan jalannya untuk kita keluar dari kepompong masalah kita. Mudah kan??

Apa masalah anda? ....... Beritahu Allah swt;
Orang tipu anda? ........Beritahu Allah swt;
Duit tak cukup? ........Beritahu Allah swt;
Marah dengan sesiapa? ........ Beritahu Allah swt
Hati tidak tenang? ......... Beritahu Allah swt
Hidup tidak bahagia? .......... Beritahu Allah swt
Bos tidak baik? ........... Beritahu Allah swt

Mengadu Hanya Pada Allah Jika Hidup Tak Tenang

Mengadu Pada Allah Jika Hidup Tak Tenang..


Sesungguhnya Allah swt adalah sebaik-baik tempat mengadu!

Hakikat yang ramai tidak mahu sedari dan akui atau ingati adalah, setiap perkara musibah atau ujian yang berlaku, ia adalah

1. Penghapus dosa lampau
2. Penambah pahala
3. Pemberat timbangan baik/Amal
4. Peringatan buat diri
5. Ingatan untuk perbaiki

Yakinlah, Dia Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Menghukum, Maha Adil, Maha Berkuasa Atas Segala Sesuatu dan Allah swt tidak pernah zalim atau menzalimi sesiapa kecuali dia yang menzalimi dirinya sendiri.

Kadang-kadang amalan kita tidak seberapa dan Allah swt beri pelbagai "Bonus" tambahan untuk memberatkan timbangan amalan kita.

Jika mengerti dan meneliti dari sudut hati.

Hidup kurangkan lihat kesilapan orang lain tetapi banyak cari kelemahan diri dan perbaiki.

*Tekadkan azam istiqomah untuk bangkit solat taubat, tahajud dan witir setiap awal pagi sebelum suboh.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.