Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/06/09

Review Domain Baru Dalam Tempoh 4 Bulan Dan Prestasi Blog Rasa Dan Tips

Review Domain Baru Dalam Tempoh 4 Bulan Dan Prestasi Blog Rasa Dan Tips. Domain Blog Rasa dan tips baru berusia 4 bulan. Banyak cabarannya bila mengendalikan domain baru. Banyak entri nak kena ping dalam media sosial terutamanya entri entri popular. Ada juga entri yang perlu dipublish semula agar segar dalam carian Google.

Jika anda ada domain sendiri memang mudah dan senang nak naikkan ranking dalam carian google berbanding anda menggunakan blog yang mneggunakan servis percuma daripada Blogspot atau Wordpress, contohnya.

Review Domain Baru Dalam Tempoh 4 Bulan Dan Prestasi Blog Rasa Dan Tips


Saya nak share review tentang domain blog Rasa Dan Tips saya yang baru berusia 4 bulan. Blog yang diberi nama dan nafas baru ini dah pun boleh bernafas lega bila secara konsisten menerima pageview lebih 2K setiap hari.

Paparan statitik daripada blogger.com.

Review Domain Baru Dalam Tempoh 4 Bulan Dan Prestasi Blog Rasa Dan Tips

Entri paling popular sepanjang sebulan..

Review Domain Baru Dalam Tempoh 4 Bulan Dan Prestasi Blog Rasa Dan Tips

Antara entri popular dalam tempoh sebulan ini adalah daripada label Resepi. Jika tak keberatan, anda boleh lihat ratusan koleksi resepi di dalam blog Rasa Dan Tips ini di bahagian menu di atas.

Saya mengharapkan sokongan anda semua agar terus menjadi pembaca setia blog ini kerana tanpa anda siapalah saya, kan.

Walau pageview blog naik atau turun, saya akan terus menulis kerana ini adalah kecintaan saya yang kedua setelah kerjaya hakiki saya sebagai seorang property consultant.

Nak maintain pageview yang banyak setiap hari kena ada konsistensi. Iaitu anda kena buat entri secara konsisten tanpa berputus asa. Insyaa Allah, blog anda akan menerima kunjungan pembaca daripada enjin carian Google.

Lagi satu, jagalah kandungan blog anda agar sentiasa telus, asli dan menarik.

Semoga kita semua terus dilimpahi kejayaan, kebahagiaan dan kebaikan-kebaikan dalam perjalanan kita di atas muka bumi ini.

1 comment:

  1. Kalau ikutkan memang nak sentiasa update tapi sekarang ini ketandusan idea hehe

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.