Header Ads

  • Breaking News

    Resepi Asam Pedas Gearbox

    Resepi Asam Pedas Gearbox. Bagi peminat asam pedas, saya sekali lagi share satu resepi baru yang bernama asam pedas gearbox. Suka tak? Saya first time makan masa pergi ke rumah saudara di Muar. Pada mulanya agak pelik sebab asam pedas gear box tak pernah pulak dengar. Biasa makan sup gearbox.

    Bila dah cuba, eh sedap pulak. Tu yang cari resepi dan nak buat. Jika anda first time macam saya, buat sikit dulu. Beli dalam 1 kg tulang kaki kambing dulu, kalau sesuai dengan tekak anda.. lain kali boleh buat lebih banyak.

    Resepi Asam Pedas Gearbox

    Resepi Asam Pedas Gearbox


    Bahan-bahan:

    3 kg kaki kambing
    3 ikat daun kesum
    3 batang bunga kantan - belah dua
    200 gm sawi jeruk
    4 biji tomato - belah empat
    300 gm kentang - belah empat
    200 gm lobak merah - potong memanjang
    100 gm cili kisar
    50 gm halba
    Air asam jawa secukupnya
    Garam dan gula
    Minyak masak

    Bahan kisar;

    10 labu bawang merah
    5 ulas bawang putih
    3 cm halia
    3 cm kunyit hidup

    Cara menyediakan Asam Pedas Gearbox


    Resepi Asam Pedas Gearbox

    1. Tulang kambing direbus sehingga lembut
    2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar. Kacau hingga pecah minyak
    3. Masukkan tulang kambing, kentang, tomato dan lobak merah
    4. Kemudian masukkan bunga kantan, daun kesum, sawi jeruk, dan air asam jawa. Biarkan ia mendidih.
    5. Akhir sekali, masukkan garam dan gula. Sebatikan rasanya.

    Siap untuk dihidangkan kepada ahli keluarga anda. Terima kasih kerana telah membaca dan mencuba resepi asam pedas gear box ini.

    No comments

    Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad