Header Ads

  • Breaking News

    6 Perkataan Ulang Sebanyak Mungkin Dalam 10 Hari Terakhir Ramadan

    6 Perkataan Ulang Sebanyak Mungkin Dalam 10 Hari Terakhir Ramadan. Menurut ustaz, ulang banyak kali 6 perkataan atau doa yang saya akan kongsikan di bawah nanti sepanjang kita mengharapkan malam lailatul qadar. Siapa yang tak nak mendapat malam lailatul qadar, kan. Kadang kala kita terjaga tengah malam tapi rasa malas sangat nak solat tahajjud, solat taubat dan sebagainya. Tapi, apa salahnya kita lawan rasa malas tu untuk 10 malam terakhir dalam bulan ramadan. Lailatul qadar adalah malam terbaik, malam 1000 bulan. Beruntungnya sesiapa yang mendapatkan keistimewaan bertemu dengan lailatul qadar.

    Sebagai persediaan, latihlah lidah dan diri anda membaca 6 perkataan, pendek je.. agar bila bertemu malam lailatul qadar, kita jadi bersedia mental dan fizikal. Dalam perkataan tersebut ada permohonan seorang hamba agar diampuni dosa-dosa dan kesalahan lalu.

    6 Perkataan Ulang Sebanyak Mungkin Dalam 10 Hari Terakhir

    6 Perkataan Ulang Sebanyak Mungkin Dalam 10 Hari Terakhir


    Bila anda terjumpa dengan lailatul qadar, ucapkanlah 6 ayat di bawah ini. Ayatnya pendek tetapi mengandungi permohonan ampun dari seorang hamba kepada TuhanNya.

    اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

    1. Allahumma
    2. Innaka
    3. 'Afuwwun
    4. Tuhibbul
    5. 'Afwa
    6. Fa'fu 'Anni

    Yang bermaksud:
    "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."

    Doa ini diberikan oleh Nabi Muhammad saw kepada isteri baginda Siti Aisyah melalui kisah berikut:

    Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada Rasulillah, keluarga dan para sahabatnya.

    Doa di atas adalah doa yang berkaitan dengan sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan dan punya kaitan dengan Lailatul Qadar. Doa tersebut menjadi sangat istimewa karena diajarkan sendiri oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam kepada isteri  tercinta beliau, ummul mukminin 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha. Yaitu saat 'Aisyah bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu jika aku mendapatkan Lailatul Qadar, apa yang harus aku baca?" kemudian Beliau Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab, "Ucapkanlah:

    اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

    "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."

    (HR. al-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad. Imam al-Tirmidzi dan al-Hakim menshahihkannya)

    Semoga kita direzekikan utk bertemu lailatulqadar InsyaAllah 😊

    Sumber: @muslimahcircle

    No comments

    Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad