Header Ads

  • Breaking News

    Tulis Doa-Doa Kita Supaya Setiap Satunya Allah Kabulkan

    Tulis Doa-Doa Kita Supaya Setiap Satunya Allah Kabulkan. Kita selalu lupa. Kita manusia yang tak berapa kuat ingatannya. Ada banyak benda yang kita teringat nak berdoa, tapi bila sampai masanya.. selepas solat. Terus lupa apa yang nak didoakan. Lupa apa yang nak dipohonkan kepada Allah.

    Ingatlah. Ketika kita tak punya apa-apa, tak ada sesiapa nak mengadu.. kita masih ada Allah yang setia dengan kita 24 jam sehari tanpa batasan. Kita masih ada Allah yang boleh kita adukan kesedihan kita, tempat kita bercerita segalanya tanpa risau aib kita akan dihebahkan.

    Berdoalah.. sebanyak mana yang anda mahu. Mohonlah kepada Allah selama mana yang kau inginkan. DIA tak pernah meremehkan kamu.

    Nak tahu macam mana salah satu cara supaya doa-doa kita, yang luar biasa banyak, Allah kabulkan?

    Tulis Doa-Doa Kita Supaya Setiap Satunya Allah Kabulkan


    Tulis Doa-Doa Kita Supaya Setiap Satunya Allah Kabulkan


    TULIS

    Ya  ditulis.

    Ustaz Yusuf Mansur pernah share dulu zaman beliau sedang diuji dengan hutang yang menggunung, diuji dengan kehidupan yang berat, beliau pernah tulis sampai 4 page doa-doanya.

    Dan kertas tu beliau bawa kemana-mana saja beliau pergi.

    Dalam bertahun-tahun lamanya, Allah kabulkan doa-doa beliau tu, empat lembar, empat lembarnya hampir semuanya...

    Subhanallah!

    Kenapa doa doa kita ni perlu ditulis?

    Sebab seringkali dari kita punya banyak masalah, punya banyak hajat, punya banyak keinginan, tapi disebabkan terlalu banyak tu saat angkat kedua tangan, kita  bingung mahu doa apa. Akhirnya doa begitu-begitu saja... tak memfokus.

    Jadi kalau tak mahu lupa, kita tulis doa doa tu tadi.

    Tulis semua hal yang kita mahukan. Biar sampai berjela jela pun tak pa..

    Terus baca doa doa yang kita tulis tadi di setiap usai solat kita, tahajjud kita, dhuha kita.

    Solat dua rakaat, baca quran, baca doa-doa kita tadi.

    Percaya dan yakin sungguh sungguh Allah akan kabulkan doa-doa kita tadi.

    Doa ini adalah bahagian dari kerja keras dan ikhtiar kita.

    Doa jugak adalah bahagian dari jalan pengharapan dan jalan taqwa.

    Ketika kita jatuh tersungkur tak punya apa-apa lagi, jangan pernah lupa kita masih ada DOA sebagai ikhtiar kita yang ditawarkan percuma kepada setiap hamba-hambaNya.

    Sumber dari, Siti Munirah A.Rashid
    Semoga bermanfaat.

    Selesai berdoa.. pasti terlepas beban yang ditanggung. Usai bercerita dengan Allah akan nasibmu.. pasti terasa seperti bebanan berat telah terlerai. Maka yakinlah.. bahawa Allah akan memberikan keadilan yang setimpal ke atas perbuatan setiap hambaNya.

    Takutilah kamu akan doa-doa orang yang teraniaya. Walau dia diam tak membalas perbuatanmu, dia tahu bahawa Allah akan menyempurnakan setiap pembalasannya bagi mereka yang menzalimi.

    No comments

    Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad