Header Ads

  • Breaking News

    Solat Terawih Ringkas Dan Cara-Caranya

    Solat Terawih Ringkas Dan Cara-Caranya. Ramadan semakin hampir. Suasana ramadan amat dirindui. Semoga ramadan kali ini lebih bermakna kepada kami sekeluarga. Semoga ramadan kali ini kita semua dilimpahi oleh rahmat dan kasih sayangNya. Insyaa Allah.

    Banyak yang saya nak buat untuk ramadan kali ini. Entah bila pula kita dapat mengecapi ramadan lagi, anggaplah ramadan ini kali terakhir kita dapat mengecapinya. Semoga kita diberikan kekuatan untuk melaksanakan amal ibadah dengan sempurna sepanjang ramadan ini.

    Dan, sebagai rujukan bersama, saya sertakan solat terawih dan cara mengerjakannya secara ringkas. Khas untuk wanita yang solat terawih di rumah.

    Solat Terawih Ringkas Dan Cara-Caranya

    Solat Terawih Ringkas Dan Cara-Caranya


    Solat terawih sama macam solat fardu yang lain, cuma ia dilakukan dengan setiap 2 rakaat satu salam. 

    1. Niat - usolli sunna tattarawihi raka'ataini lillahi taala

    2. Rakaat pertama - al fatihah kemudian baca surah kafiruun
    Rakaat kedua - al fatihah kemudian baca surah al ikhlas

    3. Salam

    Baca niat, dan teruskan solat seperti biasa. Ulang sehingga rakaaat yang anda inginkan contohnya, 8, 16 atau 20.

    Surah selepas alfatihah, adalah bergantung kepada surah apa yang anda nak baca.

    Selesai solat setiap 4 rakaat, baca doa di bawah ini.
    Solat Terawih Ringkas Dan Cara-Caranya
    Selepas baca doa, sambung rakaat yang anda ingkinkan contohnya 8, 16, 20.

    Baca doa solat terawih. Seperti di bawah.

    Solat Terawih Ringkas Dan Cara-Caranya
    Sumber - shafiq qalbu

    Habis solat terawih ringkas yang anda lakukan, lakukan pula solat witir.

    Solat Witir


    Lakukan solat witir dengan 3 rakaat, iaitu setiap 2 rakaat diikuti salam, kemudian satu rakaat dan salam.

    2 rakaat yang pertama:

    1. Niat - usolli sunnatal witri raka'ataini lillahi taala

    2. Rakaat pertama -alfatihah kemudian baca surah al ikhlas
    Rakaat kedua - alfatihah kemudian baca surah al falaq

    3. Salam

    1 rakaat yang akhir:

    1. Niat - usolli sunnatal witri rakaatan lillahi taala

    2. Baca al fatihah - 

    3. Salam

    Baca doa sesudah witir. Seperti di bawah.


    Semoga solat terawih ringkas dan cara-caranya di atas dapat dimanfaatkan oleh diri sendiri dan pembaca sekalian. Ramadan mubarak hendaknya.. salam penuh kasih sayang kepada muslimin dan muslimat.  

    No comments

    Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad