Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/05/24

Sahur Dengan Jejari Ayam Rangup Dengan Karipap Pusar

Sahur Dengan Jejari Ayam Rangup Dengan Karipap Pusar. Sempat bersahur pagi tadi? Apakah menu makan sahur anda? Tentu ada yang istimewa..

Macam saya dan keluarga.. menu makan sahur kami cukup dengan jejari ayam rangup dan karipap pusar segera inti kentang. Itu pun dah mengenyangkan. Lagipun, kalau saya masak nasi tapi tak dimakan, kan membazir tu.. kalau nak elakkan pembaziran, tanya anak-anak dan suami dulu apa menu yang dia orang nak makan ketika bersahur. Betul tak?

Sahur Dengan Jejari Ayam Rangup Dengan Karipap Pusar


Memang best bila sesekali makan berbeza daripada biasa. Kami bersahur pagi tadi dengan jejari ayam rangup dengan karipap pusar. Makan kuih je dik.. bukan tak sempat masak. Tapi sebab anak-anak dah bosan makan nasi time sahur. Kita orang pun tak kisah. Layankan jugak.

Jejari ayam rangup
Karipap pusar

Kemudian digandingkan dengan kopi tarik. Sungguh nikmat.. haha

Sebenarnya dalam berpuasa.. makan sahur apa pun tak kisah, walau dengan sebutir kurma dan air masak. Sebab apa? Sebab nak ambil berkat makan sahur tu je..

Rugi rasanya jika anda tak makan sahur sedangkan anda diberikan peluang yang banyak dan percuma untuk mengumpul pahala. Allah bagi pahala percuma dik non.. jangan lepaskan peluang.

So, selamat bersahur dan berpuasa. Semoga kita semua memperoleh ganjaran pahala dalam setiap perbuatan kita di sepanjang hari berpuasa.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.