Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/05/02

Resepi Sotong Goreng Tepung Yang Rangup Dan Simple

Resepi Sotong Goreng Tepung Yang Rangup. Ada banyak cara goreng sotong supaya rangup di luar dan lembut di dalam.. saya dah mencubanya, dan anda boleh juga cuba sebab caranya amatlah mudah.

Sebelum ni ada juga saya buat resepi sotong goreng rangup, tapi kali ni kita buat style sotong tak payah rebus dulu. Kita tengok apa hasilnya nanti. Adakah sotong tu liat ke.. atau okay lembut dan rangup di luar..

Resepi Sotong Goreng Tepung Yang Rangup Dan Simple
Sumber Google

Resepi Sotong Goreng Tepung Yang Rangup


Bahan-bahan:

5 ekor sotong di potong 3 setiap satu
1 biji Telur
2 senduk minyak masak
1 periuk kaca yang dalam
3 sudu tepung goreng serbaguna

Cara buat sotong goreng tepung yang rangup dan sedap


1. Pecahkan telur kedalam mangkuk dan pukul sehingga mengeluarkan banyak buih.

2. Sediakan tepung serbaguna didalam mangkuk dan letakkan bersebelahan dengan telur yang telah dipukul.

3. Sediakan minyak didalam periuk kaca dan panaskan sehingga sesuai untuk menggoreng.

4. Masukkan sotong yang telah dibasuh dan dikeringkan menggunakan tisu kedalam telur dan pastikan keseluruhan sotong itu telah disalut dengan telur.

5. Terus masukkan kedalam minyak yang panas tadi dan akan nampak kesan goreng yang terhasil dari minyak yang cukup panas. Goreng sehingga warna tepung bertukar kepada keemasan.

6. Toskan minyak dan sotong goreng tepung rangup dah boleh dimakan

Resepi Sotong Goreng Tepung Yang Rangup Dan Simple
Sumber gambar dari Google

Resepi sotong goreng tepung rangup di atas saya kongsikan dari sebuah blog, tapi lupa link nya. Sebab dah lama saya simpan dalam draf ni, baru sekarang publish entry. Anda boleh juga cuba resepi di atas, amat mudah.. hanya guna tepung serbaguna dan ada beberapa langkah saja.. sotong goreng tepung rangup anda dah siap.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.