Resepi Apam Balik Paling Mudah Guna Blender

Resepi Apam Balik Paling Mudah Guna Blender. Saya suka makan apam balik. Dan biasanya kita orang beli kat pasar malam seminggu sekali bila nak makan apam balik. Sebab itu dengan gigihnya saya cari resepi apam balik paling mudah buat newbie macam saya. Senang nak buat bila teringin makan.

Apam balik sedap juga dimasak untuk sarapan atau menu minum petang. Nak yang rangup atau pun lembut gebu gebas, terpulang.

Apam balik sedap guna blender

Resepi Apam Balik Paling Mudah Guna Blender


Bahan-bahan:

1 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda

*Blend atau kisar semua bahan di atas

1 1/2 cawan air
2 cawan tepung gandum

Isi dalam apam balik

Jagung
Kacang tanah hancur
Gula

Cara buat apam balik mudah guna blender


Gambar hiasan

1. Blender semua bahan yang di atas (*).

2. Masukan 1 1/2 cawan air. Last masukkan 2 cawan tepung gandum

3. Perap bahan-bahan yang dah diblender anggaran 30 minit terus masak guna kuali non stick. Cara macam buat lempeng.

*** Kalau rajin dan sabar, boleh tunggu 1 jam , Saya buat nk cepat, nak makan segera...

4. Bila apam dah keperangan di bawahnya, bolehlah masukkan isinya seperti jagung dalam tin, kacang tanah hancur dan gula.

5. Lipat dua dan boleh dihidangkan ketika panas. Sedap tuu...

Selamat mencuba.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.