Header Ads

  • Breaking News

    Resepi Air Cikong Dengan Biji Selasih

    Resepi Ais Cikong Dengan Biji Selasih. Cikong panas atau cikong sejuk, kedua-duanya pun sedap. Bahan asasnya tentulah biji barli dengan cincau. Kat mana-mana saya pergi pun sama. Cuma campuran tambahannya tu terpulang kepada kita nak letak apa.

    Bagus juga hidangkan air cikong pada musim raya nanti. Kalau nak panas, jangan letak ais. Kalau nak yang sejuk, letakkan ketulan air batu di dalamnya.

    Resepi Air Cikong Dengan Biji Selasih


    Resepi Air Cikong Dengan Biji Selasih

    Bahan-bahan:

    6-7 biji kembang semangkuk
    1 senduk gula batu - ikut suka manisnya
    12 - 14 biji buah mata kucing (kering)
    7-8 ketul buah kabung/ kundur
    1 1/2 - 2 jag air
    Beras Barli - direbus dulu hingga masak
    Biji selasih - Biji selasih yang telah kembang setelah direndam dengan air panas
    Cincau secukupnya


    Cara menyediakan air cikong dan cara memasak:


    1. Rendam kembang semangkuk selama 1 jam sehingga betul-betul kembang di dalam periuk yang berisi 1/12 - 2 jag air. 

    2. Buang kulit kembang semangkuk serta urat-uratnya.

    3. Masukkan buah mata kucing ke dalam periuk yang berisi air kembang semangkuk tadi.

    4. Masak air tersebut dengan api sederhana sehingga mendidih.

    5. Setelah mendidih masukkan pula gula batu dan buah kabung/ kundur dan kacau.

    6. Tunggu 10 minit sehingga gula larut dan sebati dengan air dan bolehlah padamkan api.

    7. Tambahkan satu sudu makan biji selasih dan beras barli.

    8. Akhir sekali masukkan potongan cincau ke dalam air cikong anda. 

    Sedia dihidangkan untuk diminum mahu pun panas ataupun sejuk pun boleh ikut selera masing-masing. Anda boleh juga masukkan buah laici atau pun longan untuk rasa yang lebih mewah.

    Selamat mencuba. 

    No comments

    Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad