Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/05/06

Orang Yang Haram Tersentuh Api Neraka Baginya

Orang Yang Haram Tersentuh Api Neraka Baginya. Dalam kehidupan ini semua orang berkejar mencari kehidupan yang lebih baik. Baik di dunia ataupun kehidupan lepas mati nanti. Semua itu terpulang kepada perjuangan hidup masing-masing. Kita pun tak boleh nak paksa orang lain jalani hidup seperti kita. Apa yang mampu kita buat.. kita teruskan. Bila orang tak nak ikut walaupun itu semua untuk kebaikan mereka.. terpulanglah. Terlepas dah tanggungjawab kita sesama saudara kita. Faham, kan?

Begitu juga harapan kita untuk kehidupan lepas mati nanti. Kita pun tak tahu kita di mana.. masuk syurga Allah atau neraka. Dari sekaranglah kita sudah mula pilih hala tuju dunia yang nak kita duduki selepas mati nanti. Jangan salah pilih ya kekawan.. takutlah akan janji-janji balasan Allah kepada kemungkaran yang kita lakukan. Insaf dan bertaubatlah sebelum terlambat.. (seru kepada diri sendiri juga.. )

Orang Yang Haram Tersentuh Api Neraka Baginya


Orang Yang Haram Tersentuh Api Neraka Baginya

Jom baca sebuah RENUNGAN FAJAR

Rasulullah SAW  Bersabda :

أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْت فِي رَبَضِ الْجَنّّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كََانَ مُحقًّا وَبِبَيْتٍ فِي وَسَط الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْكَذِ بَ وَإِنْ كَانَ مَازِ حًا وَبِبَيتِ فِي أَغلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ

1. "Aku menjamin sebuah istana di bahagian tepi syurga bagi orang yang meninggalkan Debat meskipun ia sebagai pihak yang benar.

2. Aku menjamin pula sebuah istana di bahagian tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun sekedar bergurau.

3. Dan aku menjamin sebuah istana di bahagian atas syurga bagi seseorang yang memperindah
Akhlaknya." (Hadist Riwayat Abu Dawud dari Abu Umamah. Hasan oleh : al-Albani Rahimahullah)

Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda,

"Mahukah kalian Aku tunjukkan orang yang Haram baginya Tersentuh Api Neraka?"

Para sahabat berkata, "Mahu, wahai Rasulullah!"

Beliau menjawab: "Yang Haram tersentuh Api Neraka adalah orang yang Hayyin, Layyin, Qarib, Sahl." (Hadist Riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Hiban).

Hayyin :  Tidak mudah Memaki, Tidak Mudah Melaknat serta Teduh jiwanya.

Layyin : Orang yang selalu menginginkan Kebaikan untuk sesama Manusia, Sikapnya Lembut, Santun.

Qarib : Menyenangkan bagi orang yang diajak Bicara, Bersikap Ramah, Akrab.

Sahl : Orang yang tidak Menyusahkan sesuatu. Selalu ada penyelesaian bagi setiap Permasalahan...

Subhanallah. Faham tak apa yang Rasulullah kata, orang yang meninggalkan pergaduhan, ego, perangai buruk dijamin sebuah istana baginya di syurga. Nak tak? Mestilah nak kan?

Marilah mulai sekarang kita berhenti bermusuh sesama saudara muslim kita, indahkan akhlak dan permudahkan urusan orang lain. Mereka inilah yang Allah haramkan baginya tersentuh api neraka.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.