Header Ads

  • Breaking News

    Kadar Zakat Fitrah 2018 Untuk Semua Negeri Di Malaysia

    Salam ramadan 1439 Hijrah kepada semua umat islam di seluruh dunia. Bulan ramadan datang lagi. Datang dengan seribu rahmat, berkah dan pengampunan. Bulan yang penuh pahala. Buat apa je kebaikan dari sedekah jariah hinggalah taat menunaikan kewajipannya.. semua dapat pahala berganda-ganda. Pemurahnya Allah SWT kepada kita.. siapa yang rajin lakukan semua suruhannya samada yang wajib atau sunat.. diberikan pahala yang melimpah ruah. Insya Allah.. semoga Dia izinkan kita untuk mengecapi ramadan hingga ke akhirnya dan dapat puasa yang mabrur.

    Bila sebut ramadan, kita pasti teringat tentang kewajipan berzakat yang menjadi salah satu rukun islam. Jom kita tengok berapakah kadar zakat fitrah untuk tahun 2018 ini.

    Kadar Zakat Fitrah Tahun 2018 bagi seluruh negeri di Malaysia


    Kadar Zakat Fitrah 2018 Untuk Semua Negeri Di Malaysia

    Di bawah adalah senarai bayaran zakat fitrah 2018 untuk semua penduduk di Malaysia.

    1. Perlis : RM7.00
    2. Kedah : RM7.00
    3. Pulau Pinang : RM7.00
    4. Perak : RM7.00
    5. Selangor : RM7.00
    6. Wilayah Persekutuan : RM7.00
    7. Negeri Sembilan : RM6.50
    8. Melaka : RM6.70
    9. Johor : RM7.00
    10. Pahang : RM7.00
    11. Terengganu : RM7.00
    12. Kelantan : RM7.00
    13. Sarawak : RM7.00
    14. Sabah : RM7.00

    Semoga maklumat kadar bayaran zakat fitrah di atas boleh dijadikan rujukan buat kita semua.

    Kongsikan kepada rakan-rakan agar mereka pun sama dapat menunaikan zakat dalam bulan ramadan ni.

    Salam ramadan..

    No comments

    Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad