GST Dimansuhkan Mulai 1 Jun 2018

aynora nur | ,May 17, 2018 |

Teruskan membaca dan temukan manfaatnya dari artikel GST Dimansuhkan Mulai 1 Jun 2018

GST Dimansuhkan Mulai 1 Jun 2018. Bagi pengundi Malaysia inilah harapan mereka. Akhirnya apa yang dihajatkan terlaksana jua. Pada hari ini 16 Mei 2018, Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan media secara rasmi bahawa GST akan dimansuhkan mulai 1 Jun 2018.

Bolehlah kita berbelanja dengan berhemah dan membeli barangan keperluan keluarga dengan harga yang sederhana mengikut kemampuan kita.

GST Dimansuhkan Mulai 1 Jun 2018


Berita gembira yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Akhirnya GST dimansuhkan mulai 1 Jun 2018.

GST Dimansuhkan Mulai 1 Jun 2018
Sedikit catatan saya ambil dari siaran akhbar/ media di atas.

Kementerian Kewangan telah menetapkan bahawa bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di dalam Malaysia serta barang dan perkhidmatan yang diimport yang dikenakan cukai Barang dan Perkhidmatan (Goods & Service Tax - GST) pada kadar standard 6% akan dikenakan GST pada kadar 0%. Langkah pengenaan GST pada kadar sifar ini berkuatkuasa mulai 1 Jun 2018 dan terpakai di seluruh negara sehingga dimaklumkan kelak. Penetapan tersebut tidak meliputi barang dan perkhidmatan yang disenaraikan di Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 yang kekal dikecualikan dari GST.

Okay. Lega dah?

Faham tak ya? Kalau kurang jelas, anda boleh hubungi Jabatan Kastam Diraja Malaysia di talian 1300 88 8500 atau 03-78067200 (Pusat Panggilan Kastam).

Rasa Dan Tips - Inspirasi Wanita. Terima kasih kerana membaca GST Dimansuhkan Mulai 1 Jun 2018
loading...
0 Komen untuk "GST Dimansuhkan Mulai 1 Jun 2018 "

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.


Back To Top -->