Daging Masak Hitam Yang Sedap

Daging Masak Hitam Yang Sedap. DAGING MASAK HITAM ini resepi dari facebook yang saya share kan kat blog pulakk. Supaya bila saya nak buat nanti, senang nak refer. Dalam masa sama.. kawan-kawan pembaca juga boleh share jika suka. Benda beri manfaat.. kita kongsi-kongsikan yea..

Nak cepat masak daging ni kita rebus dulu kemudian air rebusan daging kita buat bahan dalam masak sekali nanti. Sedap dan lemak manis je rasa daging masak hitam anda.

Cara potong daging juga akan menentukan hasil masakan anda. Potong nipis, daging cepat lembut. Kemudian potong ikut urat dia.. jangan potong melintang, sesuka hati. Nanti daging liat. Itu petua orang tua-tua. Kita ikut aje..

Daging Masak Hitam Yang Sedap
Gambar hiasan

Resepi Daging Masak Hitam Paling Sedap 


Bahan menumis A:

Kulit kayu manis (1-2 batang)
Buah Pelaga ( 1-4 biji)
Bunga Lawang (1-3 biji)
Serai ( 2 batang diketuk)
Daun Kari ( ikut suka)

Bahan Menumis (Di kisar):

Bawang Putih ( 4 ulas)
Bawang Besar ( 2 ulas)
Halia ( sebesar ibu jari)
Serai ( 2 batang)

1. Kisar bahan - bahan di atas sampai lumat kemudian tumis dengan bahan bahan A sampai naik bau wangi.

Seterusnya BLENDER sekali lagi bahan- bahan berikut:

Cili Kering (agak-agak ya, kalau nak pedas boleh letak banyak)
Bawang Besar (2 ulas lagi. Masak hitam ini lagi bawang besar banyak lagi sedap)
Perencah Kari Daging (jenama apa pon tak apa. Saya letak setengah je )

2. Bila bahan yang ditumis tadi dah kering sedikit masukkan bahan bahan yang baru di kisar tadi.

3. Masak sampai pecah minyak.

4. Sambil- sambil tu rebus daging. Air daging jangan dibuang ya.

5. Dah pecah minyak masukkan,

air daging
daging
1/2 cawan kicap lemak manis

6. Last sekali masukkan,

- garam
- gula
- ajinamoto
- perencah masakan mengikut citarasa anda.

7. Perlahankan api, biar masak sampai agak kering sedikit, tutup api dan hidangkan 😊

Daging Masak Hitam Yang Sedap
Gambar hiasan
Selamat mencuba resepi yang dikongsikan di atas ya. Daging masak hitam memang menu kegemaran anak saya. Dia memang penggemar daging. Nak makan sesekali, saya akan buatkan. Biasanya saya buat daging masak hitam ringkas, bubuh kayu manis, kicap banyak sikit... lepas tu potongkan cili hidup. Halia, bawang putih, bawang merah jangan dilupa...

Tengok sedap je dia makan. Asalkan warna dia hitam.. katanya. Haha...

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.