Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/05/27

Contoh Doa Yang Boleh Di Baca Ketika Menunggu Waktu Berbuka Puasa

Contoh Doa Yang Boleh Di Baca Ketika Menunggu Waktu Berbuka Puasa. Bulan ramadan dah masuk ke pertengahannya. Apa yang dapat kita perbaiki sepanjang setengah bulan yang lepas. Adakah kita telah berjaya membuang kebiasaan yang tidak mendatangkan faedah kepada kita dan ahli keluarga kita? Atau kita semakin teruk? Janganlah macam tu ya, biarlah kita semakin baik setiap hari. Semakin sihat. Cara pemakanan kita bertambah baik. Kita tidak lagi membazir. Kita lebih berdisplin. Itu yang sepatutnya berlaku pada diri kita.

Dan yang penting, kita haruslah boleh mengawal nafsu kita. Samada dari segi zahir dan batin. Menjadi hamba Allah yang lebih bertaqwa.

Contoh Doa Yang Boleh Di Baca Ketika Menunggu Waktu Berbuka Puasa


Di dalam bulan ramadan ada waktu di mana doa kita tidak akan ditolak oleh Allah. Maka, rebutlah peluang ini. Di bawah ini dikongsikan isi kandungan doa yang boleh dipohonkan kepada Allah SWT ketika menunggu waktu berbuka puasa.

Nabi SAW:
“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak” (HR Ibnu Majah)

Berdoalah bersungguh-sungguh dengan nada yang rendah diri dan mohon ampunan kepada Allah terhadap dosa-dosa kita setiap hari.


DAHSYATNYA DOA SEBELUM BERBUKA PUASA


Contoh Doa Yang Boleh Di Baca Ketika Menunggu Waktu Berbuka Puasa

Ada suatu waktu yang mustajab untuk berdoa, dimana doa tersebut tidak akan ditolak oleh Allah SWT, yaitu berdoa saat menjelang berbuka puasa dan menjelang makan sahur.

Tetapi sayangnya banyak kaum muslimin tidak mengetahuinya atau tahu tapi mengabaikannya.
Di Mekkah dan Madinah, satu jam sebelum azan maghrib orang-orang sudah menadahkan tangan ke langit berdoa untuk kemudahan dari segala hajat, baik hajat dunia mau pun akhirat, mereka berdoa dengan syahdu sepenuh keyakinan, sampai-sampai air mata mereka mengalir deras

Ketika kita sibuk-sibuk menyediakan juadah berbuka pastikan kita spare sedikit masa, sekitar 3-5 minit sebelum masuk waktu berbuka, untuk menadah tangan berdoa kepada Allah SWT.

Ayuh kita amalkan doa ringkas ini setiap kali kita berbuka puasa.

Cadangan doa ini sebagai panduan sahaja..... boleh diubah mengikut hajat masing

Cadangan doa ketika berbuka puasa:

1. Bertambah iman
2. Sihat tubuh badan
3. Mati yang baik.
4. Murah rezeki.
5. Anak soleh.
6. Keluarga bahagia.
7. Rahmat Allah.
8. Jauh azab kubur.
9. Lapang dada.
10. Kekalkan iman.
11. Ampunkan dosa.
12. Anak2 berjaya.
13. Perniagaan yg diberkati.
14. Jauhi segala penyakit.
15. Ibadat diterima.
16. Mudah segala urusan.
17. Diterima taubat.
18. Lapangkan kubur.
19. Mudah bayar hutang.
20. Lailatulqadar.
21. Syafaat Nabi SAW.
22. Syurga Firdaus.
23. Jauhi neraka.
24. Terima kitab tgn kanan.
25. Selamat meniti Sirat.
26. Selamat fitnah Dajal.
27. Ketenangan hati.
28. Doa ibubapa.
29. Keluarga yg dirikan solat.
30. Diterima puasa Ramadhan

Semoga memberi manfaat buat semua. Terima kasih kerana telah membaca contoh-contoh doa yang boleh dibaca sebelum berbuka puasa.

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.