Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/05/12

Biodata Penuh Datuk Osman Sapian MB Baru Negeri Johor

Biodata Penuh Datuk Osman Sapian MB Baru Negeri Johor. Pada 12 Mei 2018, Johor menerima Menteri Besar yang baru menggantikan Datuk Seri Khaled Nordin yang kalah pada PRU 14 yang baru lalu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Johor ke-16 di Istana Bukit Serene.

Biodata Penuh Datuk Osman Sapian MB Baru Negeri Johor
Sumber Facebook

Biodata Penuh Osman Sapian MB Baru Negeri Johor


Menurut laman Facebook rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas itu menerima watikah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan di hadapan Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada kira-kira 3.06 petang, 12 Mei 2018.

Antara yang hadir termasuk Pengerusi PKR Johor Hassan Karim dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Johor Aminolhuda Hassan.

Biodata Menteri Besar Johor Yang Ke 16

Datuk Osman, 67, yang merupakan Setiausaha Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Johor menggantikan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin daripada Barisan Nasional (BN) sebagai Menteri Besar.

Datuk Osman Sapian berkelulusan dalam bidang perakaunan dari Universiti Putra Malaysia. Beliau mula aktif dalam politik sejak tahun 1974 lagi.

PH mendapat mandat membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 36 kerusi DUN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), manakala BN mendapat 19 kerusi dan PAS dengan satu kerusi.

Datuk Osman yang bertanding di kerusi DUN Kempas memperoleh 21,137 undi mengalahkan lawannya dengan majoriti 9,178 undi iaitu calon Barisan Nasional (BN) Datuk Ramlee Bohani menerima 11,959 undi manakala calon PAS, Dzulkifli Suleiman menerima 2,321 undi.

Beliau pernah menyandang jawatan sebagai ADUN Kempas di bawah BN selama tiga penggal mulai 1999 hingga 2013 sebelum digugurkan daripada bertanding pada 2013. Mula menyertai Parti Bersatu Pribumi dari tahun 2016.

Sumber - BERNAMA

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.