Barisan Menteri Kabinet Malaysia Di Bawah Pakatan Harapan 2018

Barisan Menteri Kabinet Malaysia Di Bawah Pakatan Harapan. Hari ini Tun M menghadap Yang DiPertuan Agong bagi memohon perkenan ke atas senarai menteri kabinet yang baru untuk sepenggal lagi, iaitu 2018 hingga 2023. Pembahagian menteri kabinet tersebut dilihat adil dibagi sama rata kepada setiap parti dalam Pakatan Harapan (PH).

Jom ikuti siaran akhbar Perdana Menteri Malaysia Ke 7.

Di bawah pemerintahan PH, kabinet Malaysia dikecilkan kepada 10 Kementerian sahaja. Ramai muka baru yang dilantik. Namun, adakah kita akan memperoleh suasana baru dalam kerajaan Malaysia yang lebih segar dan mengamalkan budaya kerja yang sihat?

Barisan Menteri Kabinet Malaysia Di Bawah Pakatan Harapan
Gambar sumber Google

SIARAN AKHBAR PERDANA MENTERI MALAYSIA


Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara dan menyerahkan senarai nama Ahli Ahli Parlimen untuk dilantik
sebagai Menteri Persekutuan yang baru.

Perlantikan itu adalah mengikut “perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.”

Dr Mahathir telah diterima mengadap oleh Yang diPertuan Agong pada pukul 5 petang hari ini bersamaan 18 Mei 2018.

Senarai nama yang diserahkan kepada Yang diPertuan Agong adalah seperti berikut:

PERDANA MENTERI
1. Tun Dr Mahathir bin Mohamad
TIMBALAN PERDANA MENTERI
2. Datuk Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail

MENTERI
BERSATU:
3. Menteri Dalam Negeri:
Tan Sri Muhyiddin bin Yassin (Pagoh)
4. Menteri Pendidikan:
Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)
5. Menteri Pembangunan Luar Bandar:
Puan Rina Harun (Titiwangsa)

PKR
6. Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga:
Datuk Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail (Pandan)
7. Menteri Hal Ehwal Ekonomi:
Dato' Seri Mohamed Azmin bin Ali (Gombak)
8. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang)

DAP:
9. Menteri Kewangan:
Lim Guan Eng (Bagan)
10. Menteri Pengangkutan:
Anthony Loke Siew Fook (Seremban)
11. Menteri Komunikasi dan Multimedia:
Gobind Singh Deo (Puchong)
12. Menteri Tenaga Manusia:
Kulasegaran s/o V. Murugeson (Ipoh Barat)

AMANAH:
13. Menteri Pertahanan:
Haji Mohamad bin Sabu (Kota Raja)
14. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Haji Salahuddin Ayub (Pulai)
15. Menteri Kesihatan:
Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad (Kuala Selangor)

Yang diPertuan Agong telah memberi perkenan kepada nama-nama yang dicadangkan dan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia sebagai Menteri Persekutuan akan diadakan pada hari Isnin, 21 Mei 2018 pukul 11.30 pagi di Istana Negara.

Terima kasih.

Itulah senarai ahli-ahli parlimen yang akan berkhidmat kepada masyarakat sepanjang 5 tahun mendatang. Semoga mereka yang dilantik dapat menjalankan tugas dengan amanah, dedikasi, dan bersih dari rasuah. Itu yang rakyat mahukan.

Adakah kerajaan yang baru dapat mengubah mind set masing-masing dalam bidang pekerjaan dan kementerian yang diterajui? Kita tengok.. okay.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.