45 Senarai Insentif Pakatan Harapan Untuk Rakyat Malaysia

45 Senarai Insentif Pakatan Harapan Untuk Rakyat Malaysia. Bila dah menang besar.. jangan buat-buat lupa dengan janji manifesto dan insentif yang telah dijanjikan. Yang paling utama, semua rakyat ternanti-nanti beberapa perubahan besar yang akan dilaksanakan iaitu GST, PTPTN, GAJI DAN BONUS dan HARGA MINYAK.

Yang lain-lain tu, anda lebih bijak untuk memberikan apa yang perlu dan keutamaan kehendak rakyat.

45 Senarai Insentif Pakatan Harapan Untuk Rakyat Malaysia

45 Senarai Insentif Pakatan Harapan Untuk Rakyat Malaysia


▶ Insentif Pakatan🇭🇰 Harapan Pada PRU 14

1. Gaji Penjawat Awam/Pesara dan Bonus di tingkatkan.

2. Gaji Penjawat Swasta bermula Minimum RM1500.

3. Elaun Kebajikan/ Oku/Ibu tunggal Di tingkatkan untuk Minimum permulaan RM800 - RM1000

4. Bantuan pasangan berkahwin RM500 Seorang untuk perkahwinan pertama.

5. Lesen motosikal Percuma.

6. Mansuh GST.

7. Stabilkan Harga minyak di bawah paras RM1.50 seliter.

8. Bantuan Pendidikan Percuma.

9. Bantuan Pesakit Buah Pinggang,pesakit Jantung Bagi rawatan berkos Tinggi.

10. Subsidi Air percuma dan Bil Elektrik.

11. Mansuh PTPTN dan nikmati biasiswa/ pendidikan percuma.

12. Salur Agih kekayaan mengikut kawasan dan daerah tercicir pembangunan.

13. Wifi percuma Berkelajuan Tinggi Bandar serta Luar Bandar.

14. Menstabilkan harga barang.

15. Bantuan Duit Dapur bagi isi rumah berkahwin/ ibu tunggal  kepada Rakyat Miskin serta berpendapatan rendah sebanyak RM250 sebulan.

16. Kad Peduli sihat Rakyat setahun RM500.

17. Pinjaman Peribadi Penjawat Awam untuk tempoh 10 Tahun di naikan semula kepada 20 Tahun bayaran.

18. Royalti Minyak kepada negeri negeri di tingkatkan Royalti.

19. Mencegah Ketirisan khazanah negara serta mengagih kekayaan kepada Rakyat.

20. Menghapuskan Tol di seluruh Malaysia.

21. Harga kereta baru lebih rendah serta cukai kereta import di turunkan.

22. Mewujudkan Peluang Pekerjaan lebih banyak.

23. Mewujudkan peluang mesra usahawan/Peniaga kecil serta pinjaman mudah.

24. Bantuan Persekolahan tahunan kepada Pelajar sebelum sekolah di buka tahun baru.

25. Cukai insuran kereta di turunkan kepada kenderaan di bawah 1500CC.

26. Memperbanyakan Rumah mampu milik bawah RM100,000 dengan insentif bantuan kerajaan.

27. Siaran EPL Percuma kepada Rakyat Malaysia.

28. Mengutamakan wang poket Rakyat mencukupi.

29. Agihan Percuma Sekampit Beras setiap bulan kepada setiap isi rumah berkahwin miskin serta berpendapatan rendah.

30. Insentif tunai Kelahiran Baru.

31. Insentif tabung Pendidikan Awal kepada bayi,kanak2 hingga dewasa.

32. Menarik pelabur asing lebih banyak.

33. Menjadikan malaysia dan Rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2020.

34. Mengurangkan kos sara Hidup Rakyat.

35. Khidmat kesihatan Percuma.

36. Sistem Giliran Perdana menteri hanya 2 penggal.

37. Menjadikan badan SPRM. Bebas serta lapor terus kepada Parlimen.

38. Gaji Anggota Polis/Tentera akan di tingkatkan bagi meminima salah guna kuasa serta rasuah untuk golongan pasukan pertahanan/penguatkuasa undang undang.

39. Menaik taraf kehidupan Rakyat.

40. Menaik taraf infrastruktur kuarters Tentera dan Polis dengan lebih baik.

41. Menghadkan campurtangan Perdana menteri terhadap jabatan jabatan kerajaan dan Syarikat GLC.

42. Menghapuskan saman tertunggak pesalah lalulintas terutama kepada pesalah kesalahan Tiada lesen motosikal.

43. Memansuhkan sistem AES

44. Memberi kelonggaran berpolitik kepada seluruh Rakyat Malaysia.

45. Mengembalikan wang Rakyat 1MDB di luar negara kepada Rakyat Malaysia.

Semoga inisiatif PAKATAN HARAPAN serta mandat Rakyat bakal mengubah Malaysia serta Rakyat menjadi lebih baik demi malaysia yang tercinta.

Pesanan saya.. simpan inisiatif dan insentif ni baik-baik, kalau tak buat, menipu rakyat lagi.. kita tukar lain pulak. Kuasa rakyat tak boleh dipertikaikan lagi.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.