Header Ads

  • Breaking News

    Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR)

    Semakan Daftar Pemilih Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia | Sudahkah anda yang layak mengundi mendaftar/berdaftar sebagai pemilih? Berapakah usia anda sekarang? Jika ada yang kurang faham, bagi rakyat Malaysia yang telah berumur 21 tahun ke atas bolehlah mengundi. Bagi melayakkan anda mengundi, anda mesti mendaftar dahulu sebagai pemilih.

    Anda boleh rujuk cara-cara yang dikongsikan di bawah nanti cara semakan daftar pemilih SPR yang amat mudah dan cepat. Semuanya di hujung jari anda..

    Cara Semak Daftar Pemilih SPR dengan mudah!


    1) Semak Daftar Pemilih mudah dengan melalui SMS, ikut arahan seperti gambar di bawah.


    TAIP >> SPR<jarak>SEMAK<jarak>NO IC

    dan HANTAR KE 15888

    Semakan Daftar Pemilih Semakan Daftar Pemilih SPR Malaysia Online 

    2. Semak daftar pemilih dengan menggunakan Facebook & Twitter rasmi SPR,




    3. SENARAI PUSAT MENGUNDI DI SELURUH MALAYSIA (sumber daripada PRU13.gov.my) ~ akan update kemudian!
    1. JOHOR
    2. KEDAH
    3. KELANTAN
    4. MELAKA
    5. NEGERI SEMBILAN
    6. PAHANG
    7. PERAK
    8. PERLIS
    9. P.PINANG
    10. SABAH
    11. SARAWAK
    12. SELANGOR
    13. TERENGGANU
    14. W.P KUALA LUMPUR
    15. W.P LABUAN
    16. W.P PUTRAJAYA

    Sila buat semakan awal bagi mengelakkan anda tersalah tempat mengundi pada hari mengundi nanti.

    4. Semakan daftar pemilih suruhanjaya pilihan raya Malaysia (SPR) secara berkelompok,


    Sistem ini menyediakan kemudahan untuk menyemak lebih dari seorang pemilih secara serentak. Ia membolehkan pemilih yang menghuni sesebuah rumah atau mendaftar dengan menggunakan alamat yang sama mengesahkan sama ada mereka didaftarkan di kawasan Parlimen, DUN, Daerah Mengundi dan Lokaliti yang sama.

    Fikirkan jika anda termasuk dalam golongan berikut:
    1. Orang Melayu dan Bumiputera berusia 21 tahun ke atas di negara ini kurang ambil peduli semakan daftar pemilih SPR
    2. Angka yang masih belum buat semakan daftar pemilih SPR bukan sedikit tetapi membabitkan membabitkan 2.1 juta orang Melayu dan Bumiputera
    3. 60 peratus yang masih tak buat semakan daftar pemilih adalah mereka yang di bawah 40 tahun
    4. 3.7 juta rakyat belum daftar sebagai pemilih


    Kenapa kita mesti mengundi?

    1) untuk menentukan masa depan negara yang kita pilih
    2) menunaikan hak sebagai rakyat yang memiliki kebebasan bersuara
    3) menunjukkan negara kita adalah negara demokrasi berparlimen
    4) mengecapi keamanan
    5) dapat menikmati kehidupan dengan bebas dan meningkatkan potensi diri secara total
    6) menegakkan agama Islam di Malaysia

    Di atas adalah antara sebab mengapa kita haru keluar mengundi. Jika kita cukup syarat sebagai rakyat Malaysia dan warganegara yang sah, mulakan tindakan anda daripada sekarang sebelum terlambat.


    Oleh itu, maka pemilihan untuk menyokong sesebuah parti politik dan berjuang untuknya mesti dibuat berasaskan keputusan yang betul, bukan semata-mata terpengaruh dengan arus masyarakat. Harus mengundi dengan akal dan fikiran yang tenang.


    Senarai Parti yang berdaftar dengan SPR:

    Sila klik gambar untuk imej yang lebih jelas.



    p/s: Pilihan ditangan anda, daftar sekarang supaya tidak menyesal!

    No comments

    Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad