Header Ads

  • Breaking News

    Selamat Datang April, Terima Kasih Mac!

    Selamat Datang April, Terima kasih Mac! Alhamdulillah. Kita masih sempat melihat fajar pagi di bulan April. Dan kita juga sempat merasai pahit manis kehidupan di bulan Mac. So, nikmat Tuhan yang manakah yang nak didustakan? Semuanya cantik, indah, kita dapat apa yang kita perlukan. Bukankah itu rezeki Allah.

    Setiap pergerakan bulan demi bulan, malam berganti siang.. angin yang kita rasakan nyaman, udara yang kita hirup.. adalah nikmat-nikmat Allah yang tak terbanding seluas alam. Bulan April yang mendatang.. kita sambut dengan penuh amanah. Lakukan amanah yang dah ditulis sejak azali, buka minda seluas boleh.. terima yang mendatang sebagai satu takdir yang baik-baik.

    Kemudian, lakukan usaha sehabis baik untuk menjadikan bulan April satu lagi bulan yang memberikan pengajaran yang bermanfaat kepada diri dan orang tersayang. Jadikan dirimu begitu berharga hinggakan ketiadaanmu begitu meninggalkan kesan yang amat dalam kepada mereka yang tinggal!

    Selamat Datang April, Terima kasih Mac!


    Selamat Datang April, Terima Kasih Mac!

    Namun, dalam keceriaan dan ketenangan melalui bulan Mac.. hati tetap dibalut ralat. Tentang apa ya? Yaaa.. tentang blog kesayangan ini yang semakin jauh dari perancangan yang telah saya susun dan atur. Tetapi, siapakah kita nak pertikaikan. Kita dan plan cantik-cantik, buat SEO untuk blog, usaha untuk kemaskini blog setiap hari.. akhirnya virus jahat itu dah meranapkan semuanya.

    Tapi..

    Saya tetap begitu. Teruskan macam biasa.. menulis dan berkongsi apa yang saya rasa bermanfaat. Walau kadangkala PV blog macam tak berpihak pada saya.

    Harus ingat balik, itu semua bukan halangan. Walau blog tak ada orang baca.. saya tetap akan menulis kerana itu passion saya, minat saya yang kedua! Cinta saya yang pertama tentulah pada kerjaya hakiki saya yang banyak bermain dengan nombor dan fakta.

    Terima kasih Mac.

    Kamu adalah sebahagian lipatan sejarah. Mana mungkin diri ini terus bersemangat jika tidak dengan kenangan dan pengajaran yang kau berikan. Itulah resam hidup. Tak ternilai harganya.

    Jika anda tanya, adakah saya akan berhenti menulis blog? Jawapan saya sudah tentu tidak. Kerana setelah hampir 8 tahun menulis blog secara komited, saya dapat melepaskan rasa yang tak terluah dengan kata. Hanya dengan menulis blog, saya dapat menyampaikan apa yang saya nak ucapkan.


    Selamat datang April. Be good to me. Semoga bulan April dan seterusnya memberikan kekuatan kepada diri ini untuk terus berblog.

    I love blogging!

    Dengan menulis blog, saya dapat mengajarkan sesuatu tentang kehidupan.

    Dengan mencoret di blog, saya mendapat kenalan dan rakan.

    Dengan blog.. saya mendapatkan keselesaan untuk berbelanja lebih.. 😆😆💕💕

    Dan dengan menulis di blog.. saya memberi manfaat kepada yang lain.

    Bukankah prinsip hidup ni mudah je. Jadilah orang yang memberi manfaat kepada yang lainnya.

    Hidup baik-baik. Jadi orang baik. Sebarkan kebaikan. Sebarkan bahagia.

    Hidup seadanya... bye!

    1 comment:

    Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad