Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/04/15

Riya Adalah Penyakit Jiwa Yang Membatalkan Pahala Amalan Soleh Kita

Riya Adalah Penyakit Jiwa. Apa itu riya'? Mengapa kita tidak digalakkan bersikap riak atau riya'? Baiklah. Mari kita sama-sama renungkan apakah yang dimaksudkan dengan riak.

Riak ialah tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal. Sebagai contoh seorang lelaki atau perempuan yang bersembahyang sambil mengharapkan agar ada orang yang memerhati dan memuji kerajinannya. Dia menyangka bahawa amal ibadahnya telah diterima oleh Allah lalu dia alpa dan lalai dalam soal amal solehnya.

Riya Adalah Penyakit Jiwa


Kupasan berkenaan riak atau riya saya inspirasikan daripada nukilan Ustaz Ahmad Dusuki. Katanya, riya penyakit jiwa yang membatalkan pahala amal-amal soleh. Ia adalah syirik tersembunyi yang membakar pahala amal ibadah.

Membersihkan jiwa daripada riya dan menyucikan niat daripada pencampuran hasrat keduniaan dalam segala amalan adalah jihad terhadap nafsu yang meletakkan kita bersama orang-orang soleh.

Riya Adalah Penyakit Jiwa

Riya bukan sahaja membakar amal soleh kita tetapi juga meletakkan diri kita seperti tiada nilainya setelah mengumpul kekayaan untuk bekalan akhirat. Kerana sikap riak, semuanya punah dan tiada nilai di mata Allah. Kita jadi muflis di akhirat. Masya Allah. Subhanallah.. takut kan?

Jika dah muflis tak ada apa lagi yang tinggal. Bayangkan anda muflis di dunia. Masih ada Allah tempat bergantung dan memohon belas ehsan. Kita masih boleh bertaubat. Tapi jika muflis di akhirat.. apa lagi yang kita nak gantungkan harapan?

Sebab itu, ada banyak perkara yang kita lakukan kalau boleh sembunyi belakang tangan, iaitu tentang hal-hal kebaikan yang kita buat. Takut bila orang tahu, kita jadi riya atau riak pulak.

Rasulullah SAW pun risaukan tentang perkara-perkara riak ni. Seperti yang dinyatakan dalam hadis di bawah ini,

“Yang paling takuti aku atas kalian adalah syirik kecil” Para sahabat bertanya, “wahai Rasulullah, apakah syirik kecil itu?” Baginda menjawab, “Riak” (HR Ahmad).

Jadi, apa yang perlu dibuat untuk hilangkan rasa riak ni? Ada caranya. Caranya adalah dengan:

1. Sentiasalah ikhlaskan diri dalam melakukan sesuatu perkara. Ikhlaslah kerana Allah
Kalau perlu, tak payah la bagitahu orang mengenai apa yang kita kecapi. Kenapa? Sebab ini bukan saja boleh elakkan diri kita dari riak, malah, dapat elakkan timbulnya rasa dengki dalam diri orang yang dengar akan kejayaan kita tu. 

2. Sentiasa berdoa pada Allah agar diri dijauhkan dari sifat-sifat riak dan ingatlah akan azab Allah yang pedih

Rasulullah SAW mengajar umatnya memohon perlindungan dengan membaca doa: "Ya, Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada perbuatan syirik yang kami ketahui. Kami memohon ampunan kepada-Mu daripada dosa (syirik) yang kami tidak mengetahuinya." (Hadis riwayat Ahmad)

Wallahu'lam.

Semoga perkongsian di atas tentang riak yang merupakan penyakit jiwa.. akan membantu kita move forward untuk menjadi hambaNya yang ikhlas dalam melakukan amal ibadat.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.