Header Ads

  • Breaking News

    Resepi Sotong Kembang Masak Sambal Dengan Tomato Ceri

    Resepi Sotong Kembang Masak Sambal Dengan Tomato Ceri. Sotong masak sambal. Saya guna sotong kembang, yang besar saiznya dan warna coklat cair tu. Beli sebelah badan dua atau 3 ketul pun dah harga RM9 lebih. Kalau satu ekor mesti cecah RM30 kut harganya..

    Resepi Sotong Kembang Masak Sambal Dengan Tomato Ceri

    Pernah dulu kita orang makan kat restoran, terambil 3 potong sotong kembang ni, kena charge dekat RM11 campur sayur. Nak kata apa, takkan nak pulang balik. Redha je lah.. makan sampai polesterine pun kita orang makan.. haha

    Tak tahu sotong kembang tu macam mana? Meh tengok gambarmya di bawah ni..

    Resepi Sotong Kembang Masak Sambal Dengan Tomato Ceri

    Resepi Sotong Kembang Masak Sambal Dengan Tomato Ceri 


    Bahan-bahan:

    3 keping sotong kembang - hiris kecil ikut suka
    10 tangkai cili kering - rebus dan kenudian kisar
    3 ulas bawang merah - kisar
    2 ulas bawang putih - kisar
    1 inci halia - kisar
    Sedikit kunyit - kisar
    Air asam jawa
    Gula dan garam
    1 biji bawang besar - hiris bulat untuk perhiasan
    7 biji tomato ceri - sebagai perhiasan
    Minyak untuk menumis

    Cara menyediakan sambal sotong dan tomato ceri yang sedap


    1. Tumiskan bahan kisar tadi. Hingga naik bau.

    2. Masukkan sotong kembang anda. Biarkan seketika hingga masak.

    3. Masukkan bawang besar yang dihiris tadi. Biarkan sehingga layu. Masukkan tomato ceri.

    4. Perisakan dengan garam dan gula. Siap untuk dihidangkan.

    Resepi Sotong Kembang Masak Sambal Dengan Tomato Ceri


    Inilah menu yang sempat dimasak hari  ni sebelum pergi kerja. Bila dah siap masak sambal sotong dengan kobis goreng dengan fish cake, lega rasa hati. Sebab tengahari ada anak nak balik sekolah, sempat makan sebelum masuk sekolah agama.

    Semoga ada yang boleh masak sambal sotong ni untuk keluarga tersayang.

    No comments

    Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad