Header Ads

  • Breaking News

    Resepi Kek Oren Sunquick Kukus Moist Dan Lembut

    Resepi Kek Oren Sunquick Kukus Yang Moist Dan Lembut. Kek oren sunkist atau sunquick kegemaran saya dan keluarga. Tak pernah jemu makan kek ni, dahlah lembut, lembap dan sedap. Rasa segar oren sunkist tu yang tak boleh nak tolak.. sentiasa nak lagi dan lagi..

    Memang senang, mudah, cepat sangat buat kek ni. Mudah sebab sukatan pakai cawan dan bahan di kisar pakai blender. Hasil pun gebu dan lembap je. Rasa dia memang best sangat, ada rasa masam-masam buah oren tu dan tak rasa muak bila makan.

    Boleh la cuba buat ya...

    Kalau anda tak ada oven, jangan risau. Kek oren sunquick ni dimasak dengan cara mengukus.

    Resepi Kek Oren Sunquick Kukus Yang Moist Dan Lembut 


    Resepi Kek Oren Sunquick Kukus Moist Dan Lembut

    BAHAN-BAHAN:

    Bahan blender:

    1 bji buah limau amik isi & parut kulit
    1/2 cawan pati oren Sunquick
    1 cawan minyak jagung
    1/2 cawan gula halus / castor
    3 biji telur
    1 sudu teh esen vanila
    1/2 cawan susu pekat manis
    1 sudu teh Ovelet

    Bahan di ayak:

    2 cawan tepung naik sendiri / Self Rising Flour
    * nak pakai tepung gandum pun boleh
    1 sudu besar baking powder
    **campur dan ayak

    Tambahan:

    1 biji parutan kulit limau di letak selepas siap bancuhan tepung untuk rasa, bau & warna oren yang lebih lagi.

    Cara Menyediakan Resepi Kek Oren Sunquick Kukus Moist Dan Lembut


    1. Cuci buah limau, potong dan buang biji dan urat putih di tengah-tengah. Kulit dia parut sampai habis untuk aroma. Masukkan ke dalam blender bersama pati oren sunquick, minyak, gula, telur, esen vanila, susu pekat & ovelet. Kisar hingga halus.

    ** sementara itu boleh lah rebus air periuk kukus, bila dah siap adun nanti air pun dah mendidih boleh terus kukus kek.

    2. Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau sebati.

    3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah di sapu marjerin / butter.
    Kukus selama 45 minit - 1 jam. (bergantung tahap besarnya api anda)

    Lepas 45 bukak pengukus dan cucuk dengan lidi untuk check kek dah masak atau belum, kalau masih melekat teruskan kukus lagi agak-agak dalam 5-10 minit.

    *Pasti kan periuk kukus dah panas & air dh mengelegak baru masukkan adunan.
    • Balut penutup pengukus dengan tuala bersih yang sesuai supaya air wap tak jatuh di atas kek kita.

    Resepi Kek Oren Sunquick Kukus Moist Dan Lembut
    Resepi Kek Oren Sunquick Kukus Moist Dan Lembut

    Tips Tambahan:

    - Kalau nak buat kek cawan / cupcake pastikan acuan kertas cup cake yang tebal ya, kalau yang nipis takut lembik kertas tu nanti masa tengah kukus.
    - Untuk kek cawan kukus selama 20 - 30 minit sehingga masak.

    *Pasti kan periuk kukus dah panas & air dh menggelegak baru masukkan adunan.
    • Balut penutup pengukus dengan tuala bersih yang sesuai supaya air wap tak jatuh di atas kek kita.

    ** kalau suka boleh tambahkan choc chips dalam adunan kek tu untuk anak-anak.

    Selamat mencuba. 

    No comments

    Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad