Header Ads

  • Breaking News

    PRU14 : Parlimen Dibubar Dan Tarikh-Tarikh Penting PRU14

    PRU14 : Parlimen Dibubar Esok. Tadi, selepas solat jumaat PM Najib telah mengumumkan bahawa esok Sabtu bersamaan 7 April 2018 parlimen akan dibubarkan.

    Dah nampak bayang-bayang bila PRU 14 akan dijalankan. Mungkinkah pada 1 Mei 2018? Sebab, ia jatuh cuti umum. Senang rakyat nak pergi mengundi. Lagipun tempoh lebih kurang 3 minggu cukup untuk setiap parti dan calon mula berkempen. Bila dah masuk pertengahan bulan Mei 2018, dah nak puasa pulak. Takkan pilihanraya umum ke 14 diadakan dalam bulan ramadan? Updated!! Tarikh mengundi jatuh pada 9 Mei 2018.

    PRU14 : Parlimen Dibubar Esok


    PRU14 : Parlimen Dibubar Esok


    Kebanyakan akhbar melaporkan Parlimen dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) diadakan.

    Pilihan raya umum Malaysia ke-13 (PRU-13) telah diadakan pada 5 Mei 2013 setelah parlimen dibubarkan pada 3 April. Tempoh penggal parlimen mengikut Perlembagaan Malaysia ialah lima tahun sejak mula bersidang, iaitu sehingga 28 April 2013. Namun parlimen hanya akan terbubar secara automatik pada 30 April kerana 28 April ialah hari Ahad. Yang di-Pertuan Agong bagaimanapun boleh membubarkan parlimen lebih awal dengan nasihat Perdana Menteri. Bagi pilihan raya serentak seluruh negara (parlimen dan DUN), pilihan raya perlu diadakan selewat-lewatnya 28 Mei. Pilihan raya umum Malaysia menggunakan sistem undian pemenang undi terbanyak. Pilihan raya akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Walaupun daripada segi teori mana-mana negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negerinya secara berasingan daripada Parlimen, secara tradisinya DUN dibubarkan sekali dengan Parlimen, kecuali Sarawak. - sumber Wikipedia

    TARIKH PENTING PRU14 (2018)

    ● Bubar Parlimen : 7 April 2018 (Sabtu)
    ● Penaman Calon : 28 April 2018 (Sabtu)
    ● Pengundian Awal : 05 Mei 2018 (Sabtu)
    ● Pembuangan Undi : 09 Mei 2018 (Rabu)

    Catatan:
    • Jika Parlimen dibubarkan esok, ia genap sembilan tahun Dato' Seri Najib menerajui negara selepas dilantik menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009. 
    • Tempoh satu penggal atau lima tahun Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan berakhir pada 30 April ini dan Parlimen akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu.
    • Selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari sehingga selewat-lewatnya bulan Jun untuk mengadakan PRU-14 bagi membentuk kerajaan baru.
    • Jika Parlimen dibubarkan esok, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan beberapa perkara dasar seperti daftar pemilih, watikah kepada pegawai SPR, tarikh penamaan calon tarikh mengundi.
    Kita tunggu pengumuman daripada PM esok dan seterusnya mengetahui bilakan PRU ke 14 akan dijalankan. Selepas itu, tugas berat menanti kita... buatlah pilihan yang betul!

    Selamat membaca.

    No comments

    Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad