Header Ads

  • Breaking News

    Petua Hilangkan Batuk Dan Gatal Tekak Paling Mudah

    Advertisement

    Petua Hilangkan Batuk Dan Tekak Gatal Paling Mudah | Tekak selalu gatal-gatal jika salah makan ataupun terlebih minum air batu. Kemudian diserang batuk pula dalan masa yang agak panjang. Bila dah batuk-batuk, perut mesti rasa senak/sakit. Dan, jika batuk... tentu kita menghadapi masalah sewaktu bekerja. Kadang-kadang ketika jawab panggilan pun terbatuk-batuk. Jadi, bagaimana caranya kita boleh hilangkan batuk dan tekak gatal dengan cepat dan mudah?

    Petua Hilangkan Batuk Dan Gatal Tekak Paling Mudah
    Gula melaka juga dikatakan boleh merawat batuk dan gatal tekak

    Kalau ikutkan memang ada banyak cara untuk merawat batuk dan gatal tekak. Ada yang menggunakan rendaman nasi dengan embun, ada pula minum madu dengan lemon dan pernah saya baca merawat batuk dengan pisang. Hmm...memang banyak petua tradisional kita, kan?

    Petua Hilangkan Batuk Dan Tekak Gatal Paling Mudah
    Air suam hilangkan batuk dan tekak gatal paling mudah

    Petua Hilangkan Batuk Dan Gatal Tekak Paling Mudah


    Jangan risau. Ada banyak caranya.

    Paling mudah tentulah minum air suam dengan cara terus menelannya. Jangan berkumur atau tersekat-sekat. Terus telan. Macam kita telan panadol yang sebiji-sebiji tu. Ingat ya, air suam. Kalau air sejuk tak jalan.

    Ada lagi satu cara. Hisap atau mamah gula melaka yang dipotong kecil. Buat hingga tekak yang gatal beransur hilang. Insyaa Allah, tekak gatal tiada lagi.

    Cara yang biasa saya buat pula untuk hilangkan batuk atau tekak gatal ialah dengan minum air cikong panas. Air chikong mengandungi gula batu, barli dan cincau hitam yang membantu melarutkan kahak ditekak. Selalu juga saya buat begini iaitu minum air chikong panas bila batuk. Alhamdulillah, berhasil pula.

    Akhir sekali, saya gunakan lemon dengan air suam. Perahkan lemon dalam air suam dan minumlah 3 kali sehari. Insyaa Allah batuk dan tekak gatal akan berkurangan. Paling mudah, jadikan air lemon suam sebagai minuman rutin anda.

    Sejak saya minum air lemon suam setiap hari, saya jarang diserang batuk dan gatal tekak. Pada saya, inilah cara paling mudah untuk merawat batuk. Lagipun, dengan banyakkan minum lemon suam, ia bagus untuk kesihatan kulit dan melancarkan perjalanan darah dalam tubuh.

    Selamat mencuba.

    Anda ada petua atau cara lain yang lebih mudah untuk hilangkan batuk? Jangan segan kongsikan petua anda pada ruangan komen di bawah.

    Yang baik kita kongsi-kongsikan. Sebarkan bahagia.

    No comments

    Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad