Header Ads

  • Breaking News

    Mana Lebih Utama? Ilmu Atau Harta?

    Mana Lebih Utama? Ilmu Atau Harta? Apa yang anda akan jawab? Mana yang anda pilih? Ilmu atau harta? Buat pilihan dengan bijak kerana kedua-duanya kita perlukan dalam hidup ini. Harta boleh jadi jambatan kita dapatkan ilmu. Tetapi ilmu membolehkan kita dapat semua yang kita inginkan. Haa.. pelik kan, berbelit-belit. Ilmu boleh menjadikan kita orang yang berharta. Dengan ilmu kita mampu menjejak bulan. Tapi kalau ada harta tapi tak ada ilmu.. ia tak kemana. Nak buat apa dengan harta yang banyak tapi tak berkembang dan memberi manfaat kepada kita dan orang sekeliling kita. Sebab itu ramai orang diberikan rezeki berharta tapi nampak tak pandai mengurus harta mereka. Oleh itu, carilah ilmu walau dah berharta. Ilmu lebih utama dari harta. Orang yang kaya ilmu tak akan jatuh muflis. Tetapi orang berharta yang tak berilmu mudah jatuh miskin kerana tersilap langkah dan sebagainya.

    Pada pandangan peribadi saya, ilmu lebih utama dari harta. Lagipun, saya memang cintakan ilmu, dan sentiasa akan tambah ilmu dunia akhirat untuk manfaat diri sendiri juga. Jangan malu cari dan gali ilmu walau umur dah mencecah kilauan emas. Tiada istilah terlewat untuk mencari ilmu.

    Mana Lebih Utama? Ilmu Atau Harta?

    Mana Lebih Utama? Ilmu Atau Harta?


    Ilmu vs Harta

    Rasulullah pernah bersabda: “Aku adalah kota ilmu pengetahuan, sedangkan Ali adalah pintunya.”
    Oleh kerana kemasyuran ilmu yang dimiliki oleh Saidina Ali, maka ramailah yang mahu mengujinya. Pada suatu hari, sepuluh orang ulama’ telah datang menemui Saidina Ali, dan secara bergilir mereka mengajukan pertanyaan yang sama.

    Manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
    10 Jawapan Saidina Ali...

    1. ILMU ebih utama kerana ilmu adalah pusaka para Nabi, sedangkan harta adalah pusaka Qarun dan Fir’aun.

    2.  ILMU lebih utama kerana ilmu akan menjaga kamu, sedangkan harta, engkaulah yang harus memeliharanya.

    3.  ILMU lebih utama kerana harta boleh menyediakan diri kita dikelilingi banyak musuh, sedangkan ilmu akan menjadikan engkau mempunyai banyak sahabat.

    4.  ILMU lebih utama kerana harta apabila dikeluarkan semakin berkurangan, sedangkan ilmu apabila dikeluarkan akan semakin bertambah.

    5.  ILMU lebih utama kerana orang yang mempunyai banyak harta kadangkala dipanggil dengan panggilan kedekut, sedangkan orang yang banyak ilmu selalu diberi gelaran dengan nama yang mulia dan megah.

    6.  ILMU lebih utama kerana orang yang punya harta akan dihisab pada hari kiamat sedangkan orang yang punya ilmu pula diberi syafa’at pada hari kiamat.

    7.  ILMU lebih utama kerana ilmu membawa tenangan dan cahaya, sedangkan harta menjadikan mereka berasa gusar.

    8.  ILMU lebih utama kerana harta semakin lama akan habis, sedangkan ilmu takkan habis walaupun tidak ditambah.

    9.  ILMU lebih utama kerana ilmu akan menjadikan seseorang yg berilmu itu bersikap lemah lembut, sedangkan harta menjadikan mereka bersikap kasar.

    10.  ILMU lebih utama kerana orang yang berilmu termasuk ubudiyyah(pengabdian) yang diberi pahala oleh Allah swt, sedang orang yang berharta termasuk rubudiyyah(kekaburan).

    Para ulama’ itu pun tercengang mendengar jawapan Saidina Ali yang berbeza-beza itu, walaupun pertanyaan mereka adalah sama. Maka kesepuluh ulama’ tersebut akhirnya mengakui kepandaian Saidina Ali, dan mereka menjadi lebih hormat lagi terhadap Ali berikutan ILMU yang dimiliki olehnya itu..

    Dah habis baca perkongsian tentang Mana Lebih Utama? Ilmu Atau Harta? Jika sudah.. adakah anda bersetuju dengan kupasan di atas? Bagi saya, sudah semestinya ilmu lebih utama. Walau dalam keadaan dan situasi yang macam mana pun, ilmu membawa manfaat kepada kehidupan kita. Ilmu memandu kita kepada jalan yang betul, dengan syarat kita memilih ilmu yang betul.

    No comments

    Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad