Malam Nisfu Syaaban Allah Mendengar Doa Kita Tanpa Hijab

Malam Nisfu Syaaban Allah Mendengar Doa Kita Tanpa Hijab. Alangkah beruntungnya jika kita tergolong dalam golongan hambaNya yang terpilih, terbuka pintu hati untuk memanfaatkan malam nisfu syaaban ini. Malam di mana segala doa termakbul tanpa dihijab. Mintalah yang baik-baik. Allah Maha Mendengar.

Malam ni, jangan lepaskan peluang minta apa saja hajat kita.

Hari ini 30 April 2018 adalah malam nisfu syaaban (sebaik sahaja masuk maghrib).

Malam Nisfu Syaaban Allah Mendengar Doa Kita Tanpa Hijab

Malam Nisfu Syaaban Allah Mendengar Doa Kita Tanpa Hijab


Sumber : Radio Ikim 27hb april 2018- Usrah Nurani

Malam Nisfu Syaaban; Allah mendengar doa kita tanpa hijab, malaikat turun ke langit dunia. Mencari siapa yang banyak dosa, melihat siapa yang mohon rezeki, mendengar rintihan orang yang ditimpa musibah. Oleh itu ...

1- siapa yang banyak dosa; minta ampun

2- siapa yang rezeki sempit; minta rezeki

3- siapa yang ditimpa musibah; mohon dipermudahkan urusan

Kerana.. pada malam itu Allah melihat dan mencari para pendosa yang mohon bertaubat

Kembalilah kepada Allah dalam keadaan sudah bertaubat dan Allah redha dengan kita

Waktu akhir zaman banyak kematian mengejut

Malam yang dikabulkan segala doa.

Tawaran hebat pada malam nisfu.. Diampunkan dosa walaupun sebanyak bulu-bulu dibadan kambing.

Payahnya kita nak bertaubat sebab terbeban dengan banyaknya dosa.

Start maghrib petang 14 syaaban hingga subuh 15 syaaban. Bersamaan Isnin 30hb april hingga selasa 1hb mei.

Di sini dinyatakan kelebihan malam nisfu Syaaban sebagaimana sabda Nabi saw,

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كَانَ لَيْلَةُ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا وَصُومُوا نَهَارَهَا، فَإِنَّ اللهَ تَعَالَى يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ: أَلاَ مُسْـتَغْفِر فَأَغْفِر لَهُ، أَلاَ مَسْتَرْزق فَأَرْزُقهُ، أَلاَ مُبْتَلى فَأُعَافِيه، أَلاَ كَذَا، أَلاَ كَذَا حَتَّى يَطلعُ الفَجْر.

Yang bermaksud, Rasulullah saw telah bersabda: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban maka kamu hidupkanlah malamnya dan kamu berpuasa di siang harinya, sesungguhnya Allah turun (hampir) padanya dari terbenam matahari ke langit dunia dan berfirman: Sekiranya terdapat orang yang memohon keampunan maka Aku ampunkannya, sekiranya terdapat orang yang meminta rezeki maka Aku beri rezeki kepadanya, sekiranya terdapat orang yang ditimpa bala maka Aku sejahterakannya, sekiranya begitu… sekiranya begini… sehinggalah terbitnya fajar.

(Riwayat Ibnu Majah)

Sebarkan untuk kebaikan bersama

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.