Kriteria Wanita Cantik Menurut Al Quran Dan Sunnah

Kriteria Wanita Cantik Menurut Al Quran Dan Sunnah. Wanita semua dilahirkan cantik dan molek serta bersifat lemah lembut secara alaminya. Wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki yang lembut sifatnya. Jadilah wanita yang menyanjung tinggi maruah dan harga diri agar sentiasa dipandang mulia dan cantik.

Wanita sentiasa mahu kelihatan cantik hinggakan sanggup melakukan apa saja untuk memenuhi impiannya itu.

Kriteria Wanita Cantik Menurut Al Quran Dan Sunnah

Namun, wanita atau perempuan selalu lupa 3 perkara. Apakah perkara-perkara tersebut?

Perempuan Selalu Lupa Tiga Perkara:

1) tangan adalah aurat.
2 ) kaki juga adalah aurat.
3) dada adalah aurat, jadi wajib melabuhkan tudung mereka daripada dada.

Perempuan selalu alpa dua perkara:

1) pandang remeh dengan aurat di pergelangan tangan.
2) tidak memakai stokin.

Dan perempuan leka tentang dua perkara:

1) aurat mereka adalah maruah mereka
2) kecantikan bukan pada muka, tapi pada hati.

Dan Perempuan seringkali lupa bahawa menutup aurat adalah UNDANG-UNDANG ALLAH, bukan manusia.

Walaupun hanya lengan bajunya terangkat sedikit hingga melebihi pergelangan tangannya...

Setiap kali ada lelaki yang melihat, setiap kali itulah dosanya bertambah.

Semoga semua ini menjadi iktibar dan panduan kepada kita semua demi mencapai kriteria wanita cantik sepertimana dalam al Quran dan sunnah.

Kriteria Wanita Cantik Menurut Al Quran Dan Sunnah


1. Sentiasa menjaga pandangan agar kelihatan sopan dan terpuji. - (Surah an-Nuur: 24/31)

2. Tidak bergaul bebas dgn kaum laki² bukan mahram, kecantikan dipelihara tanpa dipertontonkan. (HR. Bukhari)

3. Pembawaan diri sopan, tegas, dan bersahaja. (Surah al-Qasas: 28/25)

4. Senantiasa bercakap dengan nada suara tidak dimanja²kan dan tidak dilembut²kan. (Surah al-Ahzab: 33/32)

Kriteria Wanita Cantik Menurut Al Quran Dan Sunnah

5. Menjauh gaya tabarruj, penggayaan diri yg mengganggu fitnah lelaki hingga menarik kepada dirinya. (Surah al-Ahzab: 33/33)

6. Berpakaian membawa identiti wanita mukminah.
(Surah al-Ahzab: 33/59)

7. Senantiasa bersih dan berbau segar. Tidak memakai parfum (HR. Bukhari)

8. Tidak mengubah ciptaan Allah seperti pembedahan plastik, membuat tato, mencukur alis, dan sebagainya.
Surah an-NisaĆ” : 4/19 (Hadith Bukhari, Muslim, Abu Daud, dan at-Tirmidhi)

9. Tidak meniru penampilan kaum lelaki dari cara berpakaian, bercakap serta pembawaan diri.
(HR. Ibnu Abbas)

Ketahuilah bahawa wanita yang cantik menurut al Quran dan sunnah tentulah wanita yang serba serbi menjaga maruah dan agamanya walau ke mana dia pergi. Dia cantik di luar dan di hati. Keperibadiannya lemah lembut penyejuk mata. Mendamaikan jiwa yang sedang gelisah. Sentiasa menjaga batas dan aurat sebagai wanita muslimah.

Insyaa Allah.. semoga apa yang dikongsikan dapat menjadi inspirasi dan pembuka langkah kita menjadi manusia yang lebih baik dan wanita muslimah bidadari di dunia.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.