Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/04/10

Hari Mengundi PRU14 Jatuh Pada 9 Mei 2018 Hari Rabu

Hari Mengundi PRU14 Jatuh Pada 9 Mei 2018 Hari Rabu. Mari mengundi! Marilah mari.. kita mengundi! Lagu yang merdu bila tiba musim PRU. Kini PRU yang ke 14 dalam sejarah tanahair. Undilah dengan bijak dan telus. Pilihan anda adalah masa depan negara untuk 1 penggal lagi, iaitu 5 tahun untuk kita merasa apa yang kita pilih dan tentukan.

Pastikan anda membuat pilihan yang betul. Jangan nanti anda menyesal kerana tidak menunaikan tanggungjawab dan hak anda untuk mengundi.

Hari Mengundi PRU14 Jatuh Pada 8 Mei 2018 Hari Rabu

Hari Mengundi PRU14 Jatuh Pada 9 Mei 2018 Hari Rabu


Hari mengundi bagi pilihan raya umum ke-14, yang ditunggu-tunggu sekian lama, jatuh pada Rabu, 9 Mei depan.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Hashim Abdullah di pejabatnya di Putrajaya sebentar tadi.

Dalam pengumumannya hari ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meletakkan tarikh penamaan calon pula pada 28 April ini.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 11 hari.

Dua tarikh penting ini menjadi tanda tanya semua, bukan sahaja untuk memilih calon bertanding tetapi juga mengatur kehidupan peribadi.

Sumber: Astro Awani

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.