Header Ads

  • Breaking News

    Doa Mohon Perlindungan Semasa Tahiyat Akhir Daripada Fitnah Dajjal

    Doa Mohon Perlindungan Semasa Tahiyat Akhir Daripada Fitnah Dajjal. Ada doa yang mujarab dan harus diamalkan sewaktu dalam solat semasa tahiyat akhir. Doa memohon perlindungan daripada fitnah dajjal namanya.. doa ini dibaca dalam bahasa arab. Wallahua'lam..

    Dalam setiap amalan yang dilakukan, kita hendaklah tanamkan keyakinan kepada Allah yang Maha memakbulkan doa hambaNya. Jika kita mahukan perlindungan daripada gangguan syaitan dan fitnah dajjal, amalkanlah bacaan doa di bawah ini iaitu doa mohon perlindungan dari fitnah dajjal semasa tahiyat akhir dalam solat.

     Doa Mohon Perlindungan Semasa Tahiyat Akhir Daripada Fitnah Dajjal

    Doa Mohon Perlindungan Semasa Tahiyat Akhir


    Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: Jika salah seorang di antara kalian bertasyahud (membaca tahayat akhir semasa solat), maka mintalah perlindungan pada Allah dari empat perkara iaitu dari siksaan neraka Jahannam, siksaan azab kubur, fitnah semasa hidup dan fitnah semasa kematian dan dari kejahatan Al-Masih Ad Dajjal, kemudian hendaklah ia berdoa untuk dirinya sendiri dengan doa apa sahaja yang ia inginkan.”- (HR Nasai No: 1293) Status: Hadis Sahih

    عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ثُمَّ يَدْعُو لِنَفْسِهِ بِمَا بَدَا لَهُ

    Pengajaran:

    1.  Kita disuruh berdoa agar dijauhi dari azab dan ujian semasa hidup, kejahatan dajjal, di saat kematian, azab kubur serta azab neraka dan semoga selamat di dunia dan juga di akhirat

    2.  Antara tempat yang disunatkan berdoa ialah semasa selesai bacaan tahiyat akhir.

    3.  Antara lafaz doa semasa selesai bacaan tahiyat akhir:

    عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُو وَيَقُولُ

    اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

    Dari Abu Hurairah RA berkata, Rasulullah SAW berdoa:

    Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari siksa kubur dan dari siksa api neraka dan dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari fitnah Al Masih Dajjal. (HR Bukhari No: 1288) Status: Hadis Sahih

    4.  Doa yang dibaca selepas bacaan tahiyat akhir di dalam solat ialah lafaz yang ma'tsur (berasal dari al-Quran serta hadis) dan dibaca dalam bahasa arab seperti di atas.

    Ayuh kita amalkan doa ini agar sentiasa terhindar dari fitnah semasa hidup, fitnah dajjal, fitnah ketika mati, siksa kubur serta siksa neraka jahanam.

    Sumber: Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor

    No comments

    Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad