Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/04/09

Blog Rasa & Tips Sajikan Panduan Terkini Dan Resepi Pelbagai Rasa

Blog Rasa & Tips Sajikan Panduan Terkini Dan Resepi Pelbagai Rasa. Alahaii.. kesian dengan blog kecil saya ni, sunyi sepi nampaknya PV kali ini. Mungkin ramai yang tak perasan bahawa blog aynorablogs dah tak wujud. Kalau anda cari resepi, info pendidikan dan juga panduan motivasi guna link lama.. memang dah tak valid link tersebut. Jadi broken link nampaknya..

Tak mengapalah.. itu namanya tak ada rezeki dengan blog tersebut. Blog aynorablogs ada banyak sejarahnya. Mana kan tidak, dah dekat 5 tahun saya guna domain tersebut. Itu semua dah jadi sejarah..


Blog Rasa & Tips Sajikan Panduan Terkini Dan Resepi Pelbagai Rasa


Blog Rasa & Tips Sajikan Panduan Terkini Dan Resepi Pelbagai Rasa
Paparan blog versi mobile

Blog Rasa & Tips adalah blog inspirasi kehidupan, ada himpunan resepi dan petua yang segar bugar, fesyen muslimah dan juga tazkirah kehidupan. Senang cerita, blog Rasa & Tips kongsi panduan kehidupan dan pelbagai resepi dari seluruh pelusuk negara. Hihi...

Sepanjang blog ini ditubuhkan dari aynoranur.com ke aynorablogs.com dan kini rasadantips.com, lebih 2,800 entri telah diterbitkan. Dan setakat artikel ini ditulis, pageview blog dari sumber blogger.com telah mencecah lebih 32 juta. Alhamdulillah..

Kini, walau pencapaian PV harian amat lah menyedihkan kerana antaranya faktor SEO yang belum kuat, tetapi saya tetap menulis kerana ia adalah MINAT saya. Walau apa pun jadi, saya akan tetap menulis sesuatu yang membahagiakan semua orang.

Kalau cerita gosip memang tak ada dalam entri saya., insyaa Allah. Semua yang membawa inspirasi saya akan share..

Apa yang perlu saya buat untuk naikkan semula blog ini adalah dengan perbanyakkan PING entri ke group blogger dan yang berkaitan dengannya. Saya juga ada FB page yang sama dengan blog, Jadi harap ada dapat pembaca dari sana juga.

Oh ya.. autoriti blog kena tingkatkan. Barulah blog dapat kepercayaan dari encik Google. Jangan lupa submit SITEMAP ke google. Bila entri dah diindex oleh Google, dapatlah meningkatkan PV blog menjadi puluhan ribu sehari.

Mari kita sama-sama belajar semula dari awal sampai blog boleh jadi yang pertama dalam carian Google.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.