Benarkah Kekayaan Itu Hanya Akan Pandu Kita Ke Jalan Mungkar?

Benarkah Kekayaan Itu Hanya Akan Pandu Kita Ke Jalan Mungkar? Bila kekayaan dan kebahagiaan itu sentiasa Allah beri walau kita orang yang sentiasa membuat maksiat, apakah maksudnya? Walau selalu kita menganiayai orang, menzalimi orang lain, tetapi Allah tetap tak beri balasan. Apakah maknanya? Itulah istid'raj. Dengan kata lain yang lebih mudah difahami, istidraj adalah pemberian nikmat ALLAH SWT kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhai-Nya.

Kadangkala, dalam sesuatu pertandingan, perebutan jawatan dan sebagainya.. kita kalah. Kalau kalah bersyukur lah kerana walau apa yang di lakukan itu tandanya Allah masih sayang lalu di berikan pintu masa untuk bertaubat -

Kita marah
Kita benci
Kita sakit hati
Tapi bayangkan sebesar-besar dosa, Allah masih beri pintu hidayah untuk hambanya bertaubat.

Benarkah Kekayaan Itu Hanya Akan Pandu Kita Ke Jalan Mungkar?


Benarkah Kekayaan Itu Hanya Akan Pandu Kita Ke Jalan Mungkar?

Kadang-kadang sesuatu yang terjadi adalah balasan di atas segala dosa yang pernah kita lakukan ...

Mungkin kita pernah rampas hak orang lain
Mungkin kita tidak bahagia
Mungkin kita tdk sekaya mna
Mungkin kita mahu lebih di kenali...
Mungkin kita pernah berlaku zalim

Benarkah kekayaan itu menyebabkan kita berada di jalan mungkar? Tak.. jika kita meelihat kekayaan itu adalah ladang kita mengumpul pahala dan menempah tiket ke syurga. Tapi kadang-kadang cara kita salah dan ia memandu kita ke jalan gelap.

Tapi semarah mana pun kita, ingatlah hidayah juga kemaafan itu milik Allah.

Undurkan diri bukan maksud benci walau pun sudah tidak suka...

Tapi kita akur pada Allah demi untuk kebaikan sesiapa pun juga agar masih sempat kejar pintu untuk bertaubat, supaya ada manisnya dalam wajah kelam dan ada serinya dalam wajah kusut kerana cahaya itu juga anugerah dari Allah ....

Ia ujian bagi sesiapa saja, ujian kita melalui saat getir ini agar sentiasa beringat pada Nya ... semoga ia jadi pengajaran, kekayaan itu hanya akan pandu kita ke jalan mungkar, dunia hanya sementara ...

Doa kan yang terbaik, sungguhpun kita di uji namun masih ada ehsan dari Allah menitipkan rezeki walau tidak seperti dulu dan moga di lembutkan hati kita manusia biasa untuk bertaubat.

Setiap balasan kekalahan atau kejayaan yang Allah beri, ada hikmah yang tersembunyi.

Allahu Akbar..

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.