Header Ads

  • Breaking News

    Beli Jam Tangan Michael Kors Di The Watches Gallery

    Jam Tangan Michael Kors Hadiah Untuk Diri Sendiri. Beli Jam Tangan Michael Kors Di The Watches Gallery. Sambil bekerja cuci mata cuci poket sekali. Rasa-rasanya dah 2 tahun saya tak beli jam baru. Last beli 2 tahun lepas, dalam bulan Mei kalau tak silap. Hihi..

    Sambil bekerja saya pun cuci mata pada waktu break tu.. pada asalnya nak beli hand bag. Tapi tak ada yang berkenan. Bila habis pusing, termasuk kedai jam. Terus kaki tak boleh gerak. Mesti nak beli juga..

    Beli Jam Tangan Michael Kors Di The Watches Gallery 


    Ada banyak jenama jam tangan yang dijual di TWG. Dari yang murah sampai lah yang agak mahal harganya. Antaranya ada Bonia, Guess, Seiko, Michael Kors, Calvein Klein, Titus, Fossil, Tissot, Longines dan banyak lagi.

    Saya bajet nak beli bawah RM1,500 je, lagipun saya nak pakai selalu. Jadi, jam tersebut biarlah tahan lasak sikit.. kalau mahal sangat cecah RM5,000 ke atas, takut tak digunakan. Kan membazir. Betul tak?

    Beli Jam Tangan Michael Kors Di The Watches Gallery
    Jam tangan MK untuk diri sendiri
    Beli Jam Tangan Michael Kors Di The Watches Gallery
    Mk watches spesifikasi
    Saya beli jam tangan Michael Kors (MK) dengan diskaun 20%. Ada juga saya tengok kat website Zalora, 11 streets dia orang bagi dekat 30% diskaun.

    Jam tangan ni saya beli sebagai hadiah kepada diri sendiri. Lagipun kita bekerja setahun sekali dapat bonus, apa salahnya manjakan diri sikit, hargai diri sendiri. Betul tak?

    Selain mengumpul jam tangan, saya juga suka kan beg tangan. Kalau saya suka sesuatu beg tangan, saya akan beli 2 atau 3 buah design sama tetapi warna berlainan. Kalau tak nak guna, bagi je pada anak buah atau adik beradik yang lain. Tak membazir pun.. hihi

    Gambar sebenar jam tangan Mk yang saya beli. Rujuk gambar bawah..

     Jam tangan Michael Kors Cream Rose


    Saya dah rasmikan.. pun.. hihi
    Beli Jam Tangan Michael Kors Di The Watches Gallery

    Jika anda berminat mengumpul jam-jam tangan, pastikan anda menyimpan dalam kotak yang dikhaskan. Agar koleksi jam tangan anda sentiasa terjaga dan tidak dilekati habuk. Tapi bagi saya.. saya akan tukar-tukar pakai setiap koleksi jam tangan saya mengikut kesesuaian.

    No comments

    Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad