Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2018/04/04

Apa Perlu Buat Bila Isyarat Minyak Kereta Dah Sampai E?

Apa Perlu Buat Bila Isyarat Minyak Kereta Menunjukkan E? Maklumat yang saya nak share ni nanti amat berguna untuk pengguna kereta terutamanya pemandu wanita. Sama macam saya la.. panik tak tentu pasal bila isyarat minyak dah sampai kat E. Kalau dah tukar kuning lagi lah rasa nak menangis. Hihi..

Diharapkan dengan perkongsian di bawah nanti anda boleh membuat perkiraan bila nak isi minyak kereta dan berapa banyak nak isi agar anda tak berada dalam keadaan panik ketika sedang memandu. Bukannya apa.. takut tengah terperangkap dalam jammed, minyak kereta habis. Mahu disumpah dek orang.. kan.

Apa Perlu Buat Bila Simbol Minyak Kereta Menunjukkan E?

Apa Perlu Buat Bila Simbol Minyak Kereta Menunjukkan Isyarat E?


Jangan panik. Kerana anda sebenarnya masih ada masa untuk isi minyak...

Jadi apa yang perlu anda buat?

1. Bertenang. Sebab simbol E itu tandanya minyak masih cukup. E maksudnya Enough = cukup. Masih ada 4.5 liter minyak dalam tangki minyak tu. So, jangan panik ya. Kalau rumah anda terletak berdekatan, boleh je guna minyak itu untuk 2 atau 3 kali ulang alik pergi kerja. Haha..

Apa Perlu Buat Bila Simbol Minyak Kereta Menunjukkan E?

2. Memandu ke stesyen minyak berdekatan. Minyak anda masih cukup digunakan untuk ke stesyen minyak dalam jarak 60km lagi.. takkan stesyen minyak jauh macam tu tak ada yang berhampiran? Betul tak. Macam-macam brand ada.. nak Petronas, Shell, Petron, Caltex dan banyak lagi.

3. Lagi satu, off kan aircond. Anda boleh jimat minyak tu jarak 10 km lagi. Kan lega tu..

4. Last sekali, kalau anda memandu dalam kelajuan yang sama sekitar 50 km sejam secara konsisten, anda dapat jimat lagi 10km perjalanan. Fuh~! Lega dengar, kan?

Secara keseluruhannya, jika minyak kereta dah sampai E, jangan panik. Tenang-tenang je. Lakukan perkara-perkara yang saya sebutkan di atas sehingga anda dapat mengisi minyak semula.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.