Resepi Peria Tumis Telur Yang Sedap

Resepi Peria Tumis Telur Yang Sedap. Peria rasanya pahit. Orang kata peria banyak khasiatnya terutama yang bernama peria katak. Beza antara peria dengan peria katak adalah saiz peria katak jauh lebih kecil dan warnanya hijau lebih pekat daripada peria biasa. Peria katak juga lebih pahit rasanya berbanding peria biasa.

Kalau korang nak tahu, peria banyak khasiatnya. Antaranya merawat penyakit kencing manis bila peria katak di buat jus dan dicampurkan dengan epal hijau.

Walau rasanya agak pahit tetapi bila kita rendam dulu dengan air garam sebelum di masak, rasa pahitnya berkurangan dan berganti dengan rasa lemak-lemak pahit. Rasanya memang lain sikit tetapi bagi saya.. okay je. Dulu memang tak makan sayur peria tetapi bila kawan perkenalkan cara masak dengan telur, terus saya jatuh cinta dengan sayur peria ni.

Resepi Peria Tumis Telur Yang Sedap


Resepi Peria Tumis Telur Yang Sedap


1 biji peria - dihiris serong dan nipis
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
5 biji cili padi
2 biji telur
Garam dan gula secukupnya
Sedikit bilis - cincang halus

Cara menyediakan peria tumis telur yang sedap


Resepi Peria Tumis Telur Yang Sedap

1. Rendam peria dengan air garam lebih kurang 1/2 jam.

2. Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi dan ikan bilis hingga naik bau.

3. Masukkan peria dan gaul rata. Tambahkan sedikit air untuk lembutkan peria.

4. Pecahkan telur ke dalam peria. Kacau rata. Biarkan mendidih.

5. Perisakan dengan garam dan gula, jika suka.

Sayur peria tumis telur selamat di masak dan siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

1 comment:

  1. wow... sedapnya masak peria... dulu saya tak pandai mkn peria ni bila ada juran bg peria byk dan fresh sy teruja terus masak dan tersuka... hehe

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.