Resepi Paprik Ayam Ringkas Dan Sedap

Resepi Paprik Ayam Ringkas. Masak paprik umpama masak sayur campur lauk. Dalam lauk ayam contohnya, ada sayur lobak, kacang panjang, serai.. dan macam-macam lagi. Jadi kalau namanya paprik ayam, tentu ayam akan bercampur dengan sayur sayuran dimasak bersama. Ringkas dan lengkap. Ada sayur dan lauk dalam satu hidangan resepi.. betul tak?

So, saya kongsikan resepi paprik ayam ringkas yang boleh digunakan untuk kaum ibu yang kurang rajin masak sayur.. hihi..

Lauk ni makan dengan nasi putih pun dah cukup. Tak perlu lauk pauk lain. Nak cuba? Jom try resepinya di bawah ya..

Resepi Paprik Ayam Ringkas

Resepi Paprik Ayam Ringkas Dan Sedap


Bahan-bahan:

5 ketul ayam 《dipotong kecil》
3 sudu besar cili blender
1 sudu besar cili sos
1 sudu kecil gula pasir
7 sudu besar kicap lemak manis *(saya guna jalen)
1 batang serai
3 helai daun limau purut
4 batang kacang panjang (potong)
9 batang cili api (diketuk)
4 ulas bawang putih (ketuk)
1 biji bawang (besar hiris-hiris)
setengah cawan air kalau nak kuah, masuk lebih air
Garam dan gula

Cara menyediakan Paprik Ayam Ringkas


1. Panaskan minyak untuk goreng ayam.

2. Jangan masak sangat (sedang-sedang je). Dah masak, ketepikan.

3. Kurangkan minyak sikit buat untuk tumis bawang putih. Dah naik bau wangi masuk cili blender dan gula, tumis hingga pecah minyak

4. Masuk sos cili dan kicap manis, serai, bawang besar hiris, air dan ayam.

5. Perisakan dengan garam dan gula, jika suka. Last sekali masukkan cili api ketuk dan daun limau purut. Dah mendidih, masukkan kacang panjang. Kacau rata.

6. Siap untuk dihidangkan.

Itulah dia resepi ayam paprik ringkas. Prosesnya main campak-campak je, ikut suka nak masuk yang mana dulu. Sebab, semua bahan masak dalam keadaan sederhana, jangan terlebih masak. Nanti kurang segar rasanya.

Selamat mencuba.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.