Resepi Kuih Sagu Kukus Paling Mudah

Resepi Kuih Sagu Kukus Paling Mudah. Kuih sagu ni memang faveret saya, samada untuk sarapan ke, minum petang pun.. saya suka. Bila dah sejuk letak dalam peti ais.. lagi sedap. Lepas tu ada kelapa parut yang dicampur dengan garam sikit. Memang kaw!

Cara nak buat kuih sagu ni mudah je, tak payah nak kukus dulu sagunya.. cuma rendam dulu je. Boleh tengok cara nak buat di bawah ni..

Resepi Kuih Sagu Kukus Paling Mudah


Resepi Kuih Sagu Kukus Paling Mudah


Bahan-Bahan:

1 cawan sagu
10 sudu gula
Sedikit pewarna rose (merah)
Kelapa parut dan garam( kukus kejap)

Cara Buat Kuih Sagu Kukus Paling Mudah


1. Bilas sagu dan rendam dengan pewarna ros (rendam dalam 1 jam setengah)

2. Toskan, letak dalam satu bekas dan tambahkan gula, kacau rata

3. Sudukan dalam acuan comel, ikut suka dan kukus selama 25 - 30 minit. Letak lebih kurang setengah je biji sagu dalam acuan tu.. kalau acuan kecil, bole isi penuh.

Resepi Kuih Sagu Kukus Paling Mudah

4. Bila dah masak, kemudian gaulkan dalam kelapa..

5. Siap..sedap.. dan boleh dimakan. Kuih sagunya pun cantik je.. langsung tak nampak putih-putih. Merah jernih ja kuih lepas siap..

Sukatan gula di atas untuk rasa manis buah je, Kalau suka manis lagi boleh tambah gula sikit lagi

**sukatan 1 cawan sagu dapat lebih kurang 20 bji kuih sagu yang comel.

Selamat mencuba.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.