Resepi Kek Butter Cheese Sedap Sukatan Cawan

Resepi Kek Butter Cheese Sedap Sukatan Cawan. Kek butter cheese memang lembap dan berlemak. Gabungan kedua-dua bahan masakan itu memang magic, membuatkan kek anda gebu gebas tapi lembap. Makan banyak pun tak jemu. Tapi berhati-hatilah.. jangan terlebih makan kerana kek kan manis, takut terkena kencing manis. Makan biar berpada walaupun kita suka giler kat kek butter cheese tu.. hihi..

Kat bawah ni saya kongsikan resepi kek butter cheese yang sedap sukatan cawan. Senang nak buat. Tahulah saya ni.. bab guna cawan lebih mudah rasanya.. hihi

Resepi Kek Butter Cheese Sedap Sukatan Cawan
gambar kek butter cheese 

Cara nak buat kek tahan lama dan sentiasa lembap


Apabila kek sejuk, terus simpan kek dalam bekas bertutup atau tutup dengan sesuatu yang menghalang udara terkena kek. Kek yang terdedah kepada udara boleh membuatkan tekstur kek cepat kering, sebab itu pentingnya ada bekas simpanan kek di rumah. Kalau tak pun, boleh dibalut rapi dengan aluminium foil.

Lagi satu, bakar kek secukup masak sahaja. Jangan terlebih bakar. Walaupun kek belum keperangan di atasnya jika cake tester atau pisau yang dicucuk tiada adunan melekat, kek boleh dikeluarkan dari oven. Ini menjadikan kek sentiasa lembap walau telah lama keluar dari oven.

Resepi Kek Butter Cheese Sedap Sukatan Cawan


Bahan-bahan:

Untuk acuan 4 segi size 9 inci x 9 inci
3/4 cawan mentega
1/2 cawan krim keju (cream cheese)
1 cawan gula kastor
5 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri diayak - jika guna tepung gandum biasa, ayak dengan 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam

Resepi Kek Butter Cheese Sedap Sukatan Gram


Bahan-bahan:

Untuk acuan 4 segi size 9 inci x 9 inci
170 gm mentega
135 gm krim keju
220 gm gula kastor
5 biji telur
200 gm tepung naik sendiri diayak - jika guna tepung gandum biasa, ayak dengan 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh vanilla
1/2 sudu teh garam

Cara penyediaan Kek Butter Cheese Sedap Sukatan Cawan 


Resepi Kek Butter Cheese Sedap Sukatan Cawan

1. Acuan digris dengan mentega dan lapik kertas pengalas kek

2. Panaskan oven pada suhu 160 darjah celcius atau jika oven jenis tiada kipas, suhu 170 darjah celcius api atas dan bawah

3. Campur mentega dan krim keju dalam mangkuk pemutar. Putar sehingga sedikit ringan dan kembang

4. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil putar. Putar sehingga betul-betul kembang dan warna butter menjadi putih kekuningan

5. Masukkan esen vanila dan garam serta sebiji telur. Putar lagi selama seminit. Masukkan lagi sebiji dan putar lagi selama seminit. Ulang sehingga habis semua telur. Sambung putar lagi sehingga adunan ringan dan gebu.

6. Perlahankan speed pemutar dan masukkan tepung. Putar sekejap sehingga sebati dan tuang ke dalam acuan

7. Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 25-30 minit sehingga cake tester atau pisau dicucuk bersih

8. Keluarkan dari oven, guna pisau dan renggangkan bahagian tepi kek dari acuan

9. Terus telangkupkan acuan atas redai dan tarik acuan keluar. Keluarkan kertas pengalas dan biarkan kek sejuk seketika sebelum diterbalikkan semula

Ada banyak petua yang dikongsikan oleh ramai baker di luar sana supaya kek butter sentiasa lembap. Caranya, masukkan sesudu atau dua sudu besar marjerin (contoh buttercup atau Planta) ke dalam jumlah timbangan mentega atau buter. Adalah dipercayai marjerin berfungsi melembapkan kek. Jadi kalau pakai pure creamy butter jenis Anchor or SCS, tambah sedikit marjerin ye. Kalau dah memang pakai Buttercup tak perlu tambah lagi kerana Buttercup ialah campuran marjerin dan mentega.

Satu lagi, guna acuan biasa dan bukan non-stick. Ini berdasarkan pengalaman bila guna acuan nonstick, acuannya cepat panas dan menjadi sangat panas. Kek selalunya cepat perang dan kering. Jika guna acuan biasa kek cantik jer sederhana perang, moist (lembap) dan lembut.

Selamat mencuba.

Terima kasih kerana cuba resepi kek butter cheese sedap sukatan cawan di atas. Anda mungkin ada pengalaman membuat kek dengan cara yang lebih mudah dan santai, bolehlah di kongsikan di ruangan komen. 

1 comment:

  1. sedap kek butter cheese ni kann..katanya kek butter ni basic kek utk beginner yang baru nak belajar buat kek..:)

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.