Diet Makan Buah Dan Sayur Untuk Cepat Kurus Dalam Seminggu

Diet Makan Buah Dan Sayur Untuk Cepat Kurus Dalam Seminggu. Cemburunya bila tengok orang lain boleh diet dengan konsisten dan dapat hasil yang dikehendaki dalam masa yang singkat. Pulak tu tak makan pil dan segala supplement sebaliknya hanya guna buah-buahan dan sayur-sayuran je.

So, dengan bersemangatnya saya pun nak cuba. Dapat turun 7 kg jadilah. Daripada tak ada hasil langsung. Ya tak?

Untuk elakkan anggota tubuh tertentu menggeleber selepas turun berat anda, amalkan senaman ringkas lari keliling taman atau turun naik tangga dalam 5 minit gitu..hihi

Program diet di atas adalah dinamakan DGM untuk singkatan Diet General Motors. Diet GM dirancang untuk menurunkan berat badan sekitar 5-8 Kg dalam satu minggu. Diet GM juga bersifat detoksifikasi serta memperbaiki pola makan serta emosi. Diet GM merupakan program diet selama 7 hari penuh dengan menu jenis makanan yang berbeza setiap harinya. Selama masa diet harus minum air putih minima 10 gelas setiap hari dan tidak minum alkohol selama program diet berlangsung. Dan berikut ini adalah pola diet yang harus kamu jalankan selama satu minggu.

Diet Makan Buah Dan Sayur Untuk Cepat Turun Dalam Seminggu

Diet Makan Buah Dan Sayur Untuk Cepat Turun Dalam Seminggu


Semalam pun saya dah shopping buah-buahan dan sayuran kat AEON, maka dapatlah menjala sayur dan buah yang segar bugar. Alhamdulillah...

Hari 1

Makan buah-buahan sahaja. Sepanjang masa makan buah saja, dan minum air minima 2 liter. Mengikut keperluan tubuh. Contohnya buah epal, strawberry, limau dan sebagainya. Jangan makan pisang.

Hari 2

Makan sayur sahaja, pagi petang siang malam. Tak kisah sayur apa pun.. yang penting sayuran hijau.

Hari 3

Makan buah-buahan dan sayuran. Tak kisah buah apa. Tidak kisah apa, boleh diambil bersama-sama. Yang penting jangan makan buah pisang

Hari 4

Pisang dan Susu. Di hari keempat konsumsi pisang sejumlah 8 buah pisang serta 3 gelas susu. Tidak mengambil jenis makanan lain.

Hari 5

Daging dan tomato. 500 grm daging dan 6 biji buah tomato menjadi menu utama di hari kelima. Tingkatkan mengambil air putih untuk membersihkan sistem pencernaan. Daging boleh diganti dengan daging ayam tanpa kulit atau tempe bagi yang vegetarian.

Hari 6

Daging dan Sayuran. Di hari keenam boleh memakan kombinasi sayuran dan daging dalam jumlah yang tidak dibatasi.

Hari 7

Beras Merah/ perang , Jus buah, dan Sayuran. Di hari terakhir diet mulai kembali ke pola makan yang biasa dengan menu beras perang/ merah, jus buah serta sayuran.

Ulang semula program diet di atas untuk setiap minggu baru anda. So, tengok hasilnya. Adakah anda dapat turunkan berat badan anda secara konsisten hanya dengan beberapa cara yang mudah.

Tak seksa pun diet ni. Jom cuba~!!

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.